HTC One M8 Eye tiba dari masa silam

Dalam satu langkah yang luar biasa, HTC Malaysia mengumumkan ketibaan telefon pintar HTC One M8 Eye ke Malaysia, yang mula dijual minggu ini. HTC meletakkan One M8 Eye, sebagai peranti kelas pertengahan, walaupun ianya sebenarnya lahir dari One M8, peranti terbaik HTC tahun lepas.

HTC One M8 Eye dilancarkan setahun yang lepas, dan menurut SoyaCincau, ia telah diluluskan SIRIM sejak Januari 2015. Secara keseluruhan luar dan dalam, One M8 Eye memang tidak berbeza langsung dengan One M8 sebenar, kecuali dibahagian kamera.

HTC One M8 Eye Gunmetal - depan belakang atas bawah kiri kanan

Badan besi sepenuhnya, dengan skrin 5.0-inci HD penuh adalah perkara yang terdapat pada One M8 Eye. Ia menggunakan CPU Snapdragon 801 4-teras, serta 2GB RAM dan 16GB storan. Tetapi ia masih dilengkapi slot kad memori mikroSD. Paling utama, HTC One M8 Eye memiliki pembesar suara stereo BoomSound di hadapan.

Rangkaian pantas 4G LTE dilengkapi pada One M8 Eye, tetapi hanya terdapat satu slot kad sim bersaiz nano. ia mempunyai bateri berkapasiti 2,600mAh dan menjalankan Android Lollipop 5.0 bersama Sense UI 6.0 di atasnya.

Kamera HTC One M8 Eye berbeza kerana ia tidak lagi dilengkapi kamera Ultrapixel di belakang, tetapi digantikan dengan dwi-kamera 13MP, dengan kamera kedua yang merakam kedalaman serta dwi-tona LED Flash. Kamera depan pula dikekalkan 5MP.

HTC meletakkan harga RM1,399 untuk HTC One M8 Eye termasuk GST, dalam kategori yang dikatakan kelas pertengahan. Buat masa ini, hanya warna Gunmetal Grey boleh didapati di Malaysia. Telefon yang dah setahun dilancarkan ini, mahukah anda membelinya?

HTC One M8 Eye Gunmetal - depan belakang kiri

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: