Beli hari ini dapat pun hari ini dengan MatDespatch.com

Pasti ramai yang mengenali kehebatan despatch di Lembah Klang. Mereka memastikan penghantaran dokumen atau bungkusan sampai di tangan penerima secepat mungkin. Jika anda hanyalah syarikat kecil atau orang perseorangan yang mahukan servis despatch, pasti sukar untuk menggajinya secara bulanan. Tapi ini bukanlah masalah lagi dengan adanya servis MatDespatch.

MatDespatch dihasilkan oleh syarikat Flairwork Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat ICT yang telah beroperasi sejak 2009 di Kuala Lumpur. Dengan motto ‘beli hari ini, dapat pun hari ini’, MatDespatch menawarkan pengalaman penghantaran baharu, dimana pelanggan boleh menikmati perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama, meliputi keseluruhan kawasan Lembah Klang.

Logo MatDespatch

Servis MatDespatch dijangka akan dilancarkan sekitar Oktober. Tetapi ia telah dibuka untuk percubaan buat peniaga atau pekedai atas talian mahupun perseorangan, dengan mendaftar di www.matdespatch.com dan menikmati RM30 kredit percuma.

Antara ciri-ciri premium MatDespatch ialah ‘Request for Pickup‘, di mana pengguna boleh meminta despatch mengambil barang dari mana-mana lokasi di Lembah Klang. Dengan fungsi ‘Real Time Tracking‘, pengguna boleh mengetahui di mana lokasi barangan dengan tepat. Fungsi ‘Notification‘ pula, penghantar dan penerima akan mendapat maklumat status penghantaran melalui e-mel dan SMS.

RM30 kredit percuma MatDespatch

MatDespatch kini dalam proses mengembangkan servisnya, dan menjemput lebih ramai despatch untuk menyertai pasukan MatDespatch. Untuk yang berminat, daftarkan diri di www.matdespatch.com/register_hero.html.

Layari lamanweb www.matdespatch.com untuk maklumat lanjut, atau pergi ke Facebook MatDespatch.

MatDespatch banner