Adakah kamera iPhone 6s Plus lebih baik dari dulu? Korang tentukan

KEMASKINI: Keputusan undian diumumkan dan gambar dilabelkan dengan telefon yang digunakan

Telefon baru dah sampai. Ini memerlukan ujian kamera yang baru. Kali ini, kami bawakan telefon pintar terbaru Apple, iaitu iPhone 6s Plus untuk dibandingkan dengan iPhone 6, Samsung Galaxy Note 5 dan juga LG G4.

LG G4 dan Samsung Galaxy Note5 telah terpilih sebagai telefon dengan kamera terbaik pada ujian kamera yang lepas. iPhone 6 pula, menduduki tangga tercorot. Mampukah iPhone 6s Plus yang baru ini menarik minat orang ramai dengan kualiti gambar kameranya?

Walaupun baru, iPhone 6s Plus menggunakan sensor 12MP sahaja untuk kamera iSight di belakang. Tetapi saiz pikselnya sedikit besar berbanding biasa, iaitu 1.22µ piksel.

Saiz storan mungkin menjadi isu lebih besar di iPhone 6s Plus. Ia memiliki fungsi ‘Live Photos’, yang menjadikan saiz gambar bergerak ini berganda berbanding gambar statik.

Plus pada iPhone 6s Plus bukan sahaja membawakan skrin yang besar, tetapi kamera belakangya ditambah penstabil imej optikal (OIS), bersama saiz apertur yang ditetapkan pada F2.2.

Pada ujian kali ini, kami akan turut menyertakan gambar kamera depan. Kamera depan iPhone 6s Plus kali ini mempunyai sensor 5MP dengan apertur F2.2. Ia juga mempunyai fungsi ‘Retina Flash’, yang menjadikan skrin bercahaya penuh menggantikan LED Flash.

Mampukah kamera 16MP pada LG G4 mengekalkan takhtanya kali ini? Selain apertur yang besar iaitu F1.8, LG G4 juga dilengkapi OIS dan auto-fokus lazer, satu fungsi yang tidak ada pada kamera lain di sini. Kamera depannya pula 8MP, lebih tinggi dari yang lain.

Bagi Galaxy Note5 pula, ia mempunyai kamera belakang 16MP juga, bersama apertur F1.9 dan OIS. Kamera depan pula hanyalah 5MP, sama seperti di iPhone 6s Plus.

 

[MUKA 2 – Pilih 3 yang terbaik]

 

[nextpage title=”Pilih 3 yang terbaik”]

Mampukah Apple membuat kemunculan terulung dengan kamera yang baru dinaik taraf pada iPhone 6s Plus ini? Atau kedudukannya kekal tercorot?

Kali ini kami mengajak anda untuk turut sama mengundi, untuk memilih gambar mana yang terbaik. Kami akan berikan gambar ujian, dan anda mestilah memilih gambar terbaik sebagai no 1, kedua terbaik no 2 dan ketiga terbaik no 3. Abaikan kedudukan keempat. Setiap gambar diwakilkan dengan HURUF.

Semua gambar ini disusun secara rawak, jadi tidak perlu memilih huruf yang sama untuk telefon kegemaran anda, yang anda pun tak tahu mana satu. Di bawah ini contoh cara mengundi yang perlu anda lakukan.

Gambar 1. C, D, A ( C adalah gambar terbaik, diikuti D kedua terbaik dan A ketiga terbaik)
Gambar 2. B, A, D
Gambar 3. D, A, C
Gambar 4. B, A, C

Undian ini akan dibuka selama 3 hari, dan ditutup pada hari Isnin, 12 Oktober 2015 jam 11.59 malam. Sila tinggalkan undian anda di ruangan komen di bawah ini.

Jika anda dah bersedia, sila pergi ke muka 3 untuk melihat sampel gambar dan mula mengundi.

 

[MUKA 3 – Ujian gambar]

 

[nextpage title=”Ujian gambar”]

Klik gambar untuk melihatnya lebih besar

GAMBAR 1PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 1

 

GAMBAR 2

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 2

 

GAMBAR 3

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 3

 

GAMBAR 4

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 4

 

GAMBAR 5

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 5

 

GAMBAR 6

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 6

 

GAMBAR 7

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 7

 

GAMBAR 8

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 8

 

[MUKA 4 – Telefon pintar didedahkan]

 

[nextpage title=”Telefon pintar didedahkan”]

Telefon pintar didedahkan

GAMBAR 1

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 1 LABEL

 

GAMBAR 2

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 2 LABEL

 

GAMBAR 3

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 3 LABEL

 

GAMBAR 4

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 4 LABEL

 

GAMBAR 5

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 5 LABEL

 

GAMBAR 6

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 6 LABEL

 

GAMBAR 7

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 7 LABEL

 

GAMBAR 8

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 8 LABEL

 

[MUKA 5 – Keputusan Undian Pembaca]

 

[nextpage title=”Keputusan Undian Pembaca”]

Undian pembaca yang dikumpulkan oleh Theskop dan Soyacincau adalah seperti berikut:

Jadual Undian PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain

 

Nampaknya kualiti gambar iPhone 6s telah meningkat. Walaupun Megapikselnya bukan tertinggi, tetapi apertur dan saiz sensor memberi kesan besar kepada kualiti gambar.

Dengan hanya 4 telefon pintar untuk dibandingkan, ia lebih memudahkan kerja. Tetapi kali ini ia turut ditambah dengan gambar dengan pencahayaan rendah, serta selfie menggunakan kamera depan.

Untuk undian ini, markah diberikan dengan cara, gambar pilihan terbaik mendapat 3 mata, gambar kedua terbaik 2 mata, gambar ketiga terbaik 1 mata, dan gambar terakhir 0 mata.

Dari jumlah keseluruhan undian kali ini, tempat pertama dimenangi oleh Galaxy Note5. Tempat kedua pula dikejar rapat oleh pendatang baru, iPhone 6s Plus. LG G4 sekadar berada di tempat ketiga, kerana kelemahan kamera depannya.

GAMBAR 1

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 1 LABEL Pemenang

Di bawah cahaya terang dan gambar dizum lebih ke dalam, dapat dilihat Megapiksel memainkan peranan penting, sepertimana dialami iPhone 6. Tiga telefon lain mencatat undian yang tidak jauh berbeza dengan iPhone 6s Plus sebanyak 74 mata, diikuti Galaxy Note5 60 mata dan LG G4 52 mata.

 

GAMBAR 2

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 2 LABEL Pemenang

Situasi yang hampir sama dengan GAMBAR 1, mengambil gambar di Avenue K dan membesarkan papantanda H&M ke 100%. Tetapi undian kelihatan tidak jauh berbeza, dengan LG G4 mendahului mengutip 61 mata, diikuti Galaxy note5 52 mata, iPhone 6 44 mata dan agak mengejutkan, iPhone 6s Plus di tempat terakhir dengan 35 mata.

 

GAMBAR 3

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 3 LABEL Pemenang

Sebagai ikon negara di mata dunia, KLCC dipilih sebagai bahan ujian. Dengan motif yang hampir sama untuk GAMBAR 1 & 2, kami ingin melihat bagaimana kamera telefon pintar menguruskan gambar yang dibesarkan 100%. Galaxy Note5 terus menyerlah dengan 74 mata, seterusnya iPhone 6s Plus 47 mata, iPhone 6 36 mata dan LG G4 sekali lagi di tempat akhir dengan 29 mata.

 

GAMBAR 4

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 4 LABEL Pemenang

Sekali lagi, LG G4 dilihat ketinggalan dalam undian. Kali ini, gambar makro duit kertas RM50 diambil di luar, di bawah terik matahari. Pemenang jelas kelihatan dirangkul oleh iPhone 6s Plus dengan 80 mata, kemudian Galaxy Note5 pula 53 mata dan iPhone 6 pula 44 mata. LG G4? Hanya 9 mata.

 

GAMBAR 5

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 5 LABEL Pemenang

Kali ini, gambar makro diambil di dalam keadaan kurang cahaya. Nampaknya megapiksel yang rendah serta apertur yang kecil, meletakkan Apple di belakang. Pertarungan sengit dilihat di antara Galaxy Note5 yang mendapat 78 mata, berbanding LG G4 sebanyak 76 mata. iPhone 6s Plus pula hanya 20 mata dan iPhone 6 18 mata.

 

GAMBAR 6

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 6 LABEL Pemenang

Menggunakan figura Lego pula, sekali lagi gambar diambil dalam keadaan kurang cahaya. Apertur yang besar pada LG G4 dan Galaxy Note5 sekali lagi mengungguli tangga teratas dengan 81 mata untuk LG G4 dan 73 mata bagi Galaxy Note5. iPhone 6s Plus mengutip 31 mata dan iPhone 6 hanya 7 mata.

 

GAMBAR 7

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 7 LABEL Pemenang

Kamera depan LG G4 nampaknya kurang mesra selfie, apabila menghasilkan gambar yang kelihatan terlebih merah. Untuk selfie di luar, di bawah cahaya matahari ini, LG G4 mengutip 17 mata. Kemudian iPhone 6 mendapat 42 mata, iPhone 6s Plus 58 mata dan di tangga teratas, Galaxy Note5 dengan 69 mata.

 

GAMBAR 8

PERBANDINGAN kamera iPhone 6s dan 3 lain - GAMBAR 8 LABEL Pemenang

Gambar ini adalah selfie dengan kamera depan, kali ini di dalam bangunan, dengan kurang pencahayaan. Nampaknya pemproses imej Apple menjalankan tugas dengan baik, meletakkan iPhone 6s Plus di tangga teratas dengan 73 mata, diikuti iPhone 6 53 mata, LG G4 35 mata dan akhir sekali Galaxy Note5 25 mata. Walaupun LG G4 mempunyai resolusi 8MP untuk kamera depan, ia tidak memadai untuk mendahului iPhone 6 yang memiliki hanya 1.2MP untuk kamera depan FaceTime.

 

iPhone memang sering dipuji dengan pemproses imej yang mampu menghasilkan gambar lebih baik. Apabila digandingkan dengan perkakas lebih baik, seperti Megapiksel lebih tinggi, nyata ia dapat menghasilkan gambar lebih cantik.

Tetapi masalah gambar di dalam pencahayaan yang rendah, masih menghantui iPhone. Apple nampaknya masih tidak meletakkan apertur lebih besar, bagi mengumpul lebih banyak cahaya ke dalam sensor. Mungkin fungsi apertur yang besar ini, akan diperkenalkan dalam iPhone yang akan datang, atau dua model akan datang, sebagai satu lagi revolusi dalam produk Apple.

Apa pendapat anda dengan kualiti gambar yang diambil menggunakan telefon pintar, terutama telefon pintar utama dengan spesifikasi yang hebat. Mampukah ia menandingi kamera kompak yang biasa? Komen sikit bawah ni.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: