Saya masih kekal menggunakan Windows 7 dan saya beritahu anda kenapa?

Windows10

Microsoft menawarkan sistem operasi baru yang ditawarkan secara percuma. Beberapa ciri baru seperti ikon Start dikembalikan namun, ya, masih ada namunnya.

Saya berikan 7 sebab mengapa saya belum bersedia berubah kepada Win10 ini.

 

  1. Sejak Windows 8 pun saya tidak kemaskini atas faktor keselamatan. Bayangkan pada Windows 8 Microsoft telah meletakkan ‘Advertising ID’ yang mengetahui apa yang anda layari dan lakukan.
  2. OneDrive. Ada beberapa folder yang tidak boleh dibuka melalui browser dalam Windows10. Entah kenapa.
  3. Microsoft nak sangat anda gunakan Xbox untuk sampaikan mahu membuka VLC pun sukar.
  4. Universal Apps. Masih skeptikal dengan hala tujunya.
  5. Edge masih lagi perlu dikemaskini.
  6. Mod tablet nampak tak macam mod tablet.
  7. Microsoft sangat ‘annoying’ dengan memaksa pengguna berpindah ke Win10.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia