Bida telefon Oppo RM30,530

 


image

 

Mungkin ada yang sanggup membayar iPhone baru untuk nilai sehingga RM8,000 namun ia mungkin tidak mengalahkan seorang hartawan yang tidak mahu dikenali apabila berjaya membida OPPO R7 Plus FC Barcelona Edition sehingga $7,100 atau RM30,530.

Ia nilai kepada edisi terhad dengan tandatangan pemain seperti Lionel Messi, Dani Alves dan Andres Iniesta yang dipateri pada telefon edisi terhad tersebut yang hanya dijual dengan 5 unit saja di dunia.

Dengan 2 unit (satu lagi tidak didedahkan) telah dibida, masih ada berbaki 3 unit yang masih boleh dibida sehingga 25 September ini.

Edisi terhad R7 Plus FC Barcelona itu mempunyai beberapa ciri unik seperti wallpaper.

Kesemua wang hasil bidaan akan disalurkan ke badan kebajikan yang dilantik.

Dalam perkembangan sama, telefon tersebut akan dibawa ke Malaysia pada minggu pertama Oktober.

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: