Berbelanja tanpa GST di GEMFIVE sepanjang September

GEMFIVE, salah satu laman e-dagang di Malaysia, mengumumkan kempen terbaru mereka dalam usaha meringankan beban pengguna di Malaysia. Melalui kempen BYE-BYE 6, GEMFIVE akan menyerap cukai GST 6% untuk semua barangan yang dijual mulai 16 September sehingga 30 September 2015.

Tiada pembelian minima diperlukan, dan tiada had jumlah transaksi maksima sepanjang kempen ini berjalan. Untuk mengaktifkan tawaran ini, pengguna perlu menggunakan kod GEMCash BYEBYE6 semasa checkout pembelian.

Kod BYEBYE6 digunakan di GEMFIVE

Selain dari penjimatan GST ini, GEMFIVE turut menawarkan barangan keperluan harian berharga RM1, melalui kempen RM1 FOR DAILY ESSENTIALS. Tetapi ia sah apabila pengguna membuat pembelian minima RM150 pada setiap transaksi. Beraneka barangan keperluan harian disenaraikan pada harga RM1 ini, tetapi stoknya terhad.

Tawaran harian RM1 di GEMFIVE

Pengguna GEMFIVE boleh terus menikmati tawaran hebat, dengan penjimatan sehingga 60% menerusi GEMDeals. Pelbagai barangan hebat disenaraikan di dalam GEMDeals ini seperti jenama Laneige, Samsonite, New Balance, Nordicware, Morgan, Monster, Roccat, Philips dan banyak lagi.

Ucapkan selamat tinggal kepada 6% GST apabila membeli-belah di GEMFIVE sepanjang bulan September ini. Layari www.gemfive.com.my untuk menikmati semua tawaran hebat ini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: