Pensonic lancar powerbank pintar digelar Fonebud Essential Plus

Tahukah anda, powerbank boleh menjadi lebih pintar dengan tambahan pelbagai fungsi? Mahukah anda mendapatkan powerbank yang memiliki lampu suluh, dan boleh berhubung melalui bluetooth untuk menjadi butang kawalan mengambil gambar. Inilah antara beberapa perkara pintar yang boleh dilakukan oleh Fonebud Essential Plus.

Fonebud Essential Plus depan belakang sisi

Fonebud dihasilkan oleh Pensonic Holdings Berhad (Pensonic), sebuah jenama pengeluar barangan elektrikal dan elektronik yang berasal dari Malaysia. Pensonic melancarkan jenama Fonebud, dengan produk pertama Essential Plus, dengan kerjasama dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Acara ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Malaysia, YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan dan diiringi oleh YBhg. Dato’ Azman Mahmud, CEO MIDA bersama Dixon Chew, CEO Kumpulan Pensonic.

Fonebud Essential Plus dilancarkan menteri MITI dan MIDA

Fonebud Essential Plus ialah rakan karib telefon pintar. Ia boleh dihubungkan melalui Bluetooth, dan digunakan untuk membuat dan menjawab panggilan telefon. Ini menjauhkan radiasi dan kesan haba dari telefon, terus kepada pengguna. Malah, pengguna boleh menyimpan telefon pintar yang mahal, dari dilihat mereka yang berniat kurang baik.

Essential Plus juga boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh mengambil gambar, dan mempunyai penggera, jika pengguna bergerak sejauh 10 meter dari telefon pintar mereka. Aplikasi pintar Fonebud Essential Plusboleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store atau Apple Appstore. Selain fungsi pintar ini, Fonebud Essential Plus adalah powerbank dengan kapasiti 5000mAh. Ia juga boleh menjadi lampu suluh, dengan LED Flash terbina di dalam.

Fonebud Essential Plus

Fonebud Essential Plus diedarkan oleh SUNWEU di Malaysia, dan boleh dibeli dari pelbagai pengedar sah di seluruh Malaysia, pada harga yang disyorkan RM229. Terdapat empat warna untuk dipilih: Oren, Emas, Kelabu dan Hijau. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb www.fonebud.com.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: