Pakar Selfie bercambah bak cendawan dengan ketibaan Zenfone Selfie

Hari ini adalah hari terakhir pameran ASUS Zensation Roadshow, yang diadakan di pusat beli-belah Midvalley Megamall Kuala Lumpur. Pada hari pertama pameran, ASUS melancarkan tablet Zenpad C dan Zenpad 7.0, hari ini pula ASUS Malaysia memperkenal 4 telefon pintar baru dari siri Zenfone. Telefon pintar tersebut ialah Zenfone Selfie, Zenfone Laser, Zenfone Deluxe dan Zenfone Go.

ASUS Zenfone Selfie DEPAN

Zenfone Selfie adalah telefon pintar yang mempunyai kamera belakang dan depan dengan spesifikasi yang sama. Kedua-dua kamera Zenfone Selfie mempunyai sensor 13MP, autofokus dan dwi-tona LED Flash. Pasti selfie menjadi lebih tajam dan jelas dengan Zenfone Selfie ini. Tambahan pula, kamera belakang Zenfone Selfie dilengkapi autofokus laser, untuk fokus yang lebih pantas dari biasa.

ASUS Zenfone Selfie Kamera Depan

Zenfone Selfie kelihatan seperti Zenfone 2 dari luar, tetapi mempunyai perkakas yang jauh berbeza di dalam. Ia dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 615 64-bit 8-teras, bersama 3GB RAM dan 32GB storan. Tetapi ia masih mempunyai dua slot kad sim yang menyokong rangkaian 4G LTE, dan slot kad memori mikroSD. Zenfone Selfie dielgnkapi skrin IPS 5.5-inci HD Penuh 1080p, yang diperkasa kaca Corning Gorilla Glass 4. Baterinya berkapasiti 3,000mAh tapi sayangnya tiada pengecasan pantas ASUS Boostmaster.

ASUS Zenfone Selfie Belakang

Zenfone Selfie akan mula dijual di Malaysia pada minggu pertama bulan September 2015. Ia berharga RM1,049 termasuk GST, dengan tiga pilihan warna iaitu putih, merah jambu dan biru. Tempahan untuk Zenfone Selfie kini telah dibuka.

harga dan spec ASUS Zenfone Selfie

ASUS Malaysia turut mengumumkan promosi khas untuk hari ini sahaja, di pameran ASUS Zensation Roadshow. Untuk 50 tempahan terawal Zenfone Selfie, mereka akan menerima Lolliflash dan powerbank Zenpower secara percuma. Pakar selfie terutama artis dan selebriti instagram dan facebook, haruslah mencuba Zenfone Selfie ini untuk kelihatan lebih anggun dan menawan.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: