Olympus lancar generasi kedua kamera OM-D E-M10 Mark II

Peminat kamera premium keluaran Olympus, pasti sudah arif dengan keseronokan mengambil gambar mnggunakan kamera OM-D. Baru-baru ini, Olympus mengumumkan model OM-D generasi keduanya, iaitu Olympus OM-D E-M10 Mark II.

Kali ini ia dilengkapi ciri canggih, penstabilan imej 5-paksi dengan penstabil imej terbina di dalam (In-Built Image Stabilisation – IBIS). E-M10 Mark II juga datang dengan enjin TruePic VII bersama viewfinder 2.36M dot OLED, skrin sebesar 3.0-inci serta unit flash.

Olympus OM-D E-M10 MarkII depan belakang

Art Filter memang menjadi ciri kegemaran peminat kamera Olympus. Di dalam E-M10 Mark II, ia tidak menghampakan kerana ia disertakan 14 filter yang menawan. Bergantung kepada lensa yang digunakan, model ini boleh membantu jurugambar kali pertama yang mahu mencuba kamera SLR, menghasilkan gambar potret, lanskap, selfie, makro dan telefoto dengan mudah.

E-M10 Mark II juga sesuai untuk pengembara backpacker, kerana kamera ini boleh digunakan untuk menghasilkan rakaman video sela masa (time-lapse) dalam resolusi UltraHD 4K, dan juga rakaman video dalam format HD degnan pilihan 24, 25 dan 30 fps.

Nak canggih lagi, kamera ini juga memudahkan anda berkongsi fail gambar melalui Wi-Fi dengan peranti Android dan iOS. Yang penting, jangan lupa muat turun aplikasi Olympus OI.Share supaya tidak terkial-kial ketika sedang beraksi di depan Tugu Negara mahupun Eiffel Tower ya.

badan kamera Olympus OM-D E-M10 MarkII hitam

Harga bagi badan kamera ini sahaja bermula pada RM2,699. Tambah lensa 14-150mm II, harganya menjadi RM4,299. Tetapi Olympus turut menghulurkan grip Olympus ECG-3 secara percuma. Kalau dibeli dengan lensa 4-42mm EZ lens pula, harganya hanyalah RM3,399.

Strap kamera Olympus OM-D E-M10 MarkII

Beli mana-mana pakej E-M10 Mark II lebih awal sebelum 31 Oktober 2015 dan anda boleh mendapatkan, strap kulit Olympus CSS-S119L berharga RM249 bersama bateri BLS-50 berharga RM239 secara percuma. Kedua-dua hadiah percuma ini boleh ditebus apabila anda mendaftarkan pembelian produk ini secara online.