[NOTE5] Tarikh dijual di Malaysia didedahkan

samsung-galaxy-note-5

Samsung telah pasti bakal memperkenalkan Galaxy Note 5 (ihsan gambar dari Droid Life) dan juga satu lagi tambaha, iaitu S6 Edge Plus yang tidak akan dijual pada harga yang murah memandangkan kedua-duanya akan menjadi produk premium kepada syarikat Korea tersebut.

Galaxy Note 5 akan mempunyai skrin 5.7-inci dengan resolusi 2560 x 1440 quad HD super AMOLED. Manakala S6 Edge Plus pula dengan saiz 5.5-inci bersama paparan lengkung di kedua-dua bahagian tepinya.

Kedua-duanya akan disertakan dengan prosesor Exynos 7420 ditambah dengan RAM LPDDR4 4GB dan GPU Mali T-760 manakala OS pula ialah Android 5.1.1 Lollipop.

Mungkin ramai yang bertanya, bila ia akan tiba di Malaysia? Menurut sumber yang sangat rapat dengan kami, Samsung Galaxy Note 5 akan dilancarkan dan dijual di Malaysia pada minggu pertama September 2015.

Adakah ia akan disertakan dengan pelan syarikat telekomunikasi? Sudah pasti. Terdapat tiga syarikat telekomunikasi yang sudah bersedia menawarkannya termasuk Maxis, Celcom dan DiGi.

Baca artikel berkaitan Note 5 kami sebelum ini [Samsung Galaxy Note 5]

%d bloggers like this: