Microsoft jadikan PC anda berkongsi data naiktaraf Windows 10

Anda sudah menaiktaraf ke Windows 10? Bagus. Tapi, mungkin anda ada melihat kenaikan penggunaan data yang agak misteri selepas naiktaraf ini. Sememangnya ini adalah masalah Windows 10 sendiri. Terdapat perbincangan di Reddit menyebut tentang perkara ini. Windows 10 secara automatik, menjadikan komputer anda sebagai tempat perkongsian naiktaraf Windows 10 yang lain, ke seluruh dunia. Benar, baik sungguh anda berkongsi naiktaraf ini dengan semua umat manusia di dunia ini kan. Tetapi ia juga satu masalah, terutama kepada mereka yang menggunakan internet berkelajuan tinggi dengan had kuota.

Usah gusar, perkara ini boleh diselesaikan. Terdapat tiga pilihan, yang perlu dilakukan secara manual, tentang berkongsi naiktaraf Windows 10 ini ke seluruh dunia. Ia boleh dipilih untuk dipadamkan sepenuh, atau membenarkan hanya PC di dalam rangkaian tempatan sahaja, atau dibiarkan berkongsi naik taraf ini dengan semua PC di dunia, seperti sedia ada. Ikuti langkah untuk mengubah tetapan tersebut di bawah ini.

1. Tekan butang Start Menu (yeay!), dan pergi ke Settings > Update & Security

Update Windows 10 seed TS 001

 

2. Di ruang Windows Update, pilih ‘Advanced options’

Update Windows 10 seed TS 002

 

3. Di ruang ADVANCED OPTIONS, tekan tetapan ‘Choose how updates are delivered’

Update Windows 10 seed TS 003

 

4. Di ruang CHOOSE HOW UPDATES ARE DELIVERED, tiga pilihan boleh ditetapkan, samada padam sepenuhnya dengan menukar butang ON kepada OFF, atau ubah ke PC di dalam rangkaian tempatan dengan memilih ‘PCs on my local network’, atau biarkan sahaja di pilihan ‘PCs on my local network, and PCs on the internet’.

Update Windows 10 seed TS 004

 

Semoga kuota data anda kembali di dalam kawalan semula. Tiada lagi kejutan data oleh Windows 10. Selamat mencuba.

[SUMBER: 1, 2]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: