Meriahkan ucapan Merdeka dengan pelekat animasi Pocotee di WeChat

Hari Kemerdekaan Malaysia bakal disambut tidak sampai seminggu lagi dan aplikasi permesejan popular WeChat, ingin turut sama memeriahkan sambutan ini. WeChat bekerjasama dengan pelukis ilustrasi terkenal Malaysia, Pocotee Loh untuk menghasilkan pelekat unik yang menggambarkan ikon Pocotee & rakan.

Pocotee terkenal dengan personaliti yang ceria tetapi nakal. Kali ini Pocotee & rakan seperti Dino Dino dan Banana, mahu menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia bersama peminat di seluruh dunia. Pocotee juga akan disertai rakan baru dari pelbagai latarbelakang etnik, untuk menggambarkan semangat kesatuan dalam kepelbagaian di Malaysia.

Merdeka bersama pelekat wechat Pocotee

Kerjasama ini bukanlah yang pertama. Sebelum ini WeChat telah membawa hasil ilustrasi Pocotee ke arena antarabangsa. Sebanyak 12 juta muat turun pelekat WeChat Pocotee, yang telah digunakan sebanyak 23 juta kali, oleh pengguna Wechat di seluruh dunia. Ini termasuk 3.2 juta digunakan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Pelekat eksklusif animasi Merdeka Pocotee & rakan, boleh mula dimuat turun secara percuma bermula hari ini, oleh semua pengguna WeChat. Anda juga boleh ikuti akaun rasmi Pocotee Loh di WeChat, melalui WeChat ID: Pocotee_Safetree, untuk maklumat terkini dan komik terbaru dari Pocotee.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: