Masih single? Nak dating cara Islamik?

MuzMatch

Dalam agama di mana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah tidak digalakkan, dating online bukanlah terlalu popular bagi umat Islam.

Sebab itu aplikasi MuzMatch lebih berhati-hati sebagai aplikasi yang membenarkan anak-anak muda untuk memilih nasib romantis mereka sendiri tanpa melanggar peraturan agama.

Malah, aplikasi tersebut membolehkan kedua-dua lelaki dan perempuan yang sedang berdating melantik seorang penjaga yang akan menerima transkrip perbualan mereka dan ia tidak wajib bagi pihak wanita untuk menghantar gambar.

MuzMatch dihasilkan untuk mengenal hati budi dan bukannya kecantikan semata-mata seperti gambar profil yang berbeza dari wajah sebenar.

Aplikasi itu memenuhi keperluan orang yang tidak semestinya mahu diadili oleh foto mereka dan tidak selesa dengan imej-imej di internet untuk dilihat sesiapa sahaja.
MuzMatch3

Sebaliknya tanpa tujuan lain yang terpesong, pengguna MuzMatch hanya boleh melihat 15 profil sehari. Ia disebabkan pemiliknya tidak mahu semua swipe gambar yang boleh menjadi ketagihan, jadi mengambil keputusan untuk menghadkan.

Pengguna MuzMatch juga tidak akan dihujani oleh gambar-gambar dan mesej nakal. App itu juga dilengkapi dengan perlindungan yang terbina dalam untuk memerangi sebarang jenis gangguan seksual yang terlalu biasa kepada ramai wanita muda.

Kalau dalam Tinder sudah biasa dilihat pengguna akan swipe dan kemudian mesej pembukaan sedikit kotor sebelum gambar lucah pula masuk. Perkara seperti ini adalah diharamkan dengan MuzMatch. Jika ada yang berdegil, wanita perlu melaporkannya dan individu tersebut akan dihalau dari perkhidmatan serta merta.

Aplikasi MuzMatch kini ada di iOS dan Android. Ia sudah mempunyai pengguna dari seluruh dunia dan tidak lama lagi akan ditawarkan dalam pelbagai bahasa. Untuk maklumat lanjut, layari www.muzmatch.com

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: