Kini, hanya LG G4 saja flasgship yang ada 2 ciri…

Galaxy Note 5 s-pen COVER

Seperti diketahui, Samsung ‘merehatkan’ dua ciri yang digemari penggguna iaitu tanpa slot kad memori mikrosd dan bateri boleh cabut pada dua gajet baru mereka yakni Note5 dan S6 edge+. Sudah pastilah ia dukacita yang besar terutama kepada pengguna Note yang sangat setia sebelum ini.

Mana tidaknya, disebabkan slot kad memori tambahanlah pengguna Samsung boleh bermewah menangkap gambar, memuat turun banyak aplikasi dan macam-macam lagi tanpa perlu risau hilang kapasiti jauh berbeza dengan pemakai iPhone yang sering takut-takut penuh memori terutama hanya dengan kapasiti 16GB.

Note mempunyai kuasa kamera yang menarik dan pengguna juga kerap menyimpan filem-filem terus dalam telefon atau kad memori yang dimuat turun. apakah saiz memori bagi kesemuanya? agak besar.

Dengan ketiadaaan slot kad memori, beberapa forum berkaitan Apple juga mula gelak besar dengan langkah Samsung. Pengguna Samsung pula seharusnya risau ditambah pula dengan kapasiti memori dalaman ditawarkan pada Note5 hanyalah 32GB dan 64Gb. Tiada bayangan 128GB pun yang mungkin boleh melegakan sedikit.

Adakah Samsung membayangkan mereka akan mengeluarkan servis storan cloud? Ketika pelancaran dua gajet tersebut, tiada pula desas-desus dan bayang-bayang yang akan merealisasikannya.

Ia bermakna, Samsung akan bergantung kepada pihak ketiga untuk khidmat storan cloud. Bermakna juga, Google dengan Drive akan menjadi pilihan utama. Tidak seperti Apple yang mempunyai khidmat storan cloudnya tersendiri.

Dari aspek phablet pula, LG G4 kini satu-satunya phablet flagship yang mempunyai slot kad memori tambahan dan bateri boleh cabut dengan kemungkinan harga yang hampir sama dan ciri pun turut rapat.

Jadi sekarang, Note5 lawan iPhone 6+ lawan LG G4, mana jadi pilihan?

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: