Kaspersky Internet Security 2016 perketat keselamatan dunia siber

Keselamatan dunia siber semakin mencabar. Kerana itu, Kaspersky Malaysia memperkenalkan versi terbaru solusi keselamatan utama mereka untuk pengguna di rumah, iaitu Kaspersky Internet Security 2016 (KIS 2016).

Produk terbaru ini direka khusus melindungi pengguna dari segi maklumat peribadi, data, identiti, wang dan juga peranti itu sendiri. Ia memastikan pengguna dilindungi sepanjang masa di semua peranti, baik Windows, OS X dan Android.

TImbalan Menteri di pelancaran Kaspersky Internet Security 2016

Pelancaran KIS 2016 dibuat di pameran Malaysia IT Fair yang sedang berlangsung dari 28 Ogos, sehingga 31 Ogos 2015 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC). Ia disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Jailani Johari bersama Pengarah Jualan Kasperky LAB SEA, Jimmy Fong.

Pada suku kedua 2015, Kaspersky Lab telah mengesan dan menghalang sejumlah 379 juta serangan digital merbahaya di seluruh dunia. Manakala produk Kasperky Lab Mobile pula mengesan 291,887 aplikasi merbahaya yang baru.

KIS 2016 boleh dibeli dengan harga RM100 untuk satu pengguna, atau RM170 bagi 3-pengguna bagi lesen setahun. Khas di Malaysia IT Fair, pembeli boleh mendapatkan dua pek KIS 2016 3-pengguna, pada harga satu pek sahaja. Ini bermakna, harga untuk satu pengguna menjadi RM29.80 sahaja.

Model Kaspersky Internet Security 2016

Antara fungsi baru di KIS 2016 ialah Private Browsing, melindungi maklumat pengguna dari disimpan di lamanweb. Fungsi Change Control pula akan memaklumkan pengguna terhadap perubahan di sistem, untuk diambil tindakan mematikan atau membiarkan ia terus beroperasi.

Privacy Cleaner bertugas membersihkan sebarang jejak aktiviti pengguna di komputer, termasuk sejarah pelayaran dan dokumen yang dibuka sebelum ini. Manakala Webcam Protection menghalang sebarang aktiviti aplikasi yang tidak dibenarkan, mengambil gambar menggunakan webcam.

Kaspersky Internet Security 2016 dilancar di Malaysia IT Fair

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: