Jimat bateri iPhone dengan Web Whatsapp, apa yang anda boleh lakukan?

Whatsapp kini memperkenalkan versi desktopnya kepada pengguna iPhone, yang kini boleh dilayari di laman web.whatsapp.com

Sudah pasti, ia berita baik kepada pengguna iPhone terutama jika ada yang selalu mengeluh kerana kerap kehabisan bateri akibat mesej Whatsapp yang bertalu-talu masuk dalam telefon.

Ini kerana salah satu punca bateri iPhone cepat habis ialah dengan kemaskini dan penggunaan Whatsapp yang kerap di kalangan penggunanya.

Selepas menggunakan Whatsapp for Web ini, anda boleh terus membaca mesej di PC tanpa perlu lagi membuka telefon jika berada di tempat kerja dan sebagainya.

TheSkop kini berjaya mengujinya dan langkah menggunakannya sangat mudah. Kami senaraikannya di bawah:

  1. Buka laman web.whatsapp.com menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox atau Opera.1

  2. Kemudian buka pula Whatsapp di iPhone dan pergi ke bahagian Settings > WhatsApp Web.

    IMG_4785

  3. Imbas kod QR di pelayar, menggunakan iPhone

    IMG_4786

  4. Anda akan terus dimasukkan dalam antaramuka mesej dalam web dengan pantas.

    2

  5. Kemudian anda boleh menaip, melampirkan gambar dan menangkap gambar (sekiranya mempunyai kamera web).

    3

  6. Anda juga boleh membuka pautan, gambar dan sebagainya yang dihantar kepada anda.

    4

%d bloggers like this: