Galaxy J5 dan J7 yang mampumilik berlabuh di Malaysia

Samsung terus menerus membanjiri pasaran telefon pintar, kali ini dengan kemunculan Galaxy siri-J pula. Dua model Galaxy J diperkenalkan di Malaysia, Galaxy J5 berskrin 5-inci dan juga Galaxy J7 berskrin 5.5-inci. Samsung Galaxy J ini disasarkan kepada pasaran harga berpatutan, dengan paparan mantap, dilengkapi kamera berprestasi tinggi dan juga disokong oleh kemampuan pemprosesan yang seimbang.

Fungsi menarik pada Galaxy J5 & J7 ini ialah, kamera hadapan yang dilengkapi LED Flash. Kamera depan dengan resolusi 5MP F2.2 turut mempunyai fungsi Palm Selfie, yang berupaya mengesan tapak tangan untuk mengambil gambar hanya dengan lambaian tangan. Kamera belakang pula datang dengan resolusi 13MP, apertur F1.9, auto fokus, LED Flash serta mempunyai fungsi tetapan manual yang mudah dikendalikan. Samsung turut menyertakan fungsi pantas mengatifkan aplikasi kamera, dengan dwiklik pada butang fizikal Home.

Galaxy J5 kamera depan dan belakang

Skrin Galaxy J5 berukuran 5.0-inci, manakala Galaxy J7 pula 5.5-inci, kedua-duanya dengan resolusi HD 1280×720 serta paparan Super AMOLED. Galaxy J5 dilengkapi bateri berkapasiti 2600mAh manakala Galaxy J7 pula 3000mAh.

Perkakas dalaman kedua-dua telefon ini sedikit berbeza. Galaxy J5 datang dengan CPU A53 4-teras berkelajuan 1.2GHz, bersama 1.5GB RAM dan 8GB storan. Manakala spesifikasi Galaxy J7 pula lebih baik, dilengkapi CPU A53 8-teras 1.5GHz, 1.5GB RAM 16GB storan. Kedua-duanya mempunyai slot memori mikroSD untuk storan tambahan. Dwi-slot kad sim disertakan pada kedua-dua telefon, yang turut menyokong rangkaian 4G LTE.

Galaxy J5 depan belakangGalaxy J5 berwarna EmasGalaxy J7 depan belakangGalaxy J7 berwarna Putih

Telefon pintar Galaxy J5 dan Galaxy J7 boleh didapati di Malaysia bermula 31 Julai 2015 dalam pilihan warna Emas, Putih dan Hitam pada harga runcit yang disyorkan, masing-masing RM799 untuk Galaxy J5 dan RM999 untuk Galaxy J7 (termasuk 6% GST).

Galaxy J5 dan J7 menang membeli puas memakai

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: