ASUS tawar powerbank saiz kad kredit, cas pantas

Setelah lama bercuti raya, tiba masa untuk melunaskan kerja-kerja tertangguh, tapi bolehkan telefon pintar anda menemani anda sepanjang waktu kerja dan selepasnya? Kalau ada powerbank yang mudah dibawa kan senang? Ringan, kecil dan mengecas pantas, mesti seronok kalau ada powerbank macam ni. Ya, ia kini boleh didapati di Malaysia, iaitu ASUS ZenPower.

ASUS ZenPower bersaiz Kad Kredit

ASUS kini menawarkan powerbank bersaiz kad kredit yang berkapasiti 9,600mAh, di kedai dalam talian ASUS Store. Dikenali sebagai ZenPower,  powerbank ini terdapat dalam warna perak, hitam, merah jambu, emas dan biru, ZenPower ini cuma seberat 215gram, jadi ia tidak akan membebankan beg anda.

warna warni powerbank asus

Yang lebih penting, power bank yang dibawakan khas dengan rekabentuk Zen dan chasis aluminium ini mempunyai fungsi pengecasan ultra laju (ultra-fast charging) yang efisien dengan output 2.4A sekaligsu menawarkan cas lebih pantas berbanding beberapa powerbank biasa. Ia turut disertakan dengan teknologi ASUS PowerSafe yang berupaya mengawal haba serta voltage input dan output supaya aksesori ini terlindung daripada litar pintas.

Harganya cuma RM59 dan jika anda beli 4 unit sekaligus, anda juga akan menerima seunit Zen Pillow. Rasanya Zen Pillow tu bantal lah kan. Kalau berminat dengan powerbank kompak dan mengecas ultra pantas ini, segera ke laman produk ASUS ZenPower di ASUS Store sekarang.

rekaan ergonomik ASUS ZenPower

%d bloggers like this: