Xiaomi terus catat peningkatan jualan di kala pasaran merudum

Xiaomi hari ini mengumumkan, telah menjual sebanyak 34.7 juta telefon pintar pada separuh tahun pertama 2015. Jumlah ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 33% berbanding masa yang sama tahun lepas. Menurut Xiaomi, jumlah ini adalah angka jualan sebenar yang dijual kepada pengguna.

Walaupun pasaran telefon pintar di China menurun, tetapi Xiaomi dapat melangkau pasaran apabila terus mencatat peningkatan jualan. Xiaomi adalah pengeluar telefon pintar tertinggi di China selama lima suku tahunan berturut-turut. Firma penganalisa IDC memaklumkan, Xiaomi berada di kedudukan pertama di China pada tahun 2014 dengan 12.5 pegangan pasaran.

Ini menguatkan lagi strategi jualan yang digunakan Xiaomi, iaitu terus kepada pengguna melalui laman e-dagang. Jualan di lamanweb www.mi.com menyumbang 70% dari jumlah keseluruhan jualan, menjadikannya laman e-dagang ketiga terbesar di China. Di  sambutan Mi Festival pada April yang lepas, Xiaomi telah menjual 2.12 juta telefom pintar hanya dalam masa 12 jam.

telefon pintar Xiaomi

Enam model telefon pintar Xiaomi, telah melepasi jumlah jualan sebanyak 10 juta unit iaitu Mi 2, Mi 3, Redmi, Redmi Note, Mi 4 dan juga Redmi 2.

Xiaomi yang mula ditubuhkan pada tahun 2010, kini telah bertapak dan membuka laman e-dagang di Taiwan, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Filipina, India, Indonesia serta yang terbaru di Brazil. Selain aktiviti jualan khas Mi Festival yang diadakan secara global, Mi Malaysia turut membuat jualan khas sempena ulangtahun pertama pada bulan lepas, dan kini mengadakan jualan khas Hari Raya, dengan pelbagai tawaran menarik.

tweet jom raya dengan mi

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: