Ucapan Hari Raya lebih meriah dengan pelekat animasi LINE

Hari Raya bakal tiba, pasti ramai yang mahu menghantar pesanan kepada sahabat handai dan sanak saudara. Perhubungan zaman internet kini menjadi sangat mudah dengan penggunaan peranti dan pelbagai aplikasi permesejan.

LINE, salah satu platform permesejan popular turut sama meraikan ketibaan Hari Raya dengan melancarkan satu set pelekat animasi khas Hari Raya Aidilfitri.

Set pelekat animasi khas Hari Raya Aidilfitri LINE mempunyai lapan pelekat, yang menunjukkan LINE Friends menyambut Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Ia boleh mula dimuat turun pengguna LINE, bermula 16 Julai sehingga 15 Oktober 2015. Pengguna LINE boleh mendapatkannya melalui in-app Sticker Shop.

Pelekat LINE Hari Raya Aidilfitri 2015

Set pelekat ini menampilkan karakter LINE sedang beramah mesra ketika Ramadan dan sambutan Hari Raya. Pengguna LINE juga boleh terus berhubung dengan keluarga dan sahabat handai masing-masing dengan lebih mudah sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Di samping itu, LINE turut sama berkongsi tip beraya:

  1. Berhati-hati dalam perjalanan balik ke kampung halaman!
  2. Saling bermaafan, meraikan dan bergembira!
  3. Berbuka puasa dengan air yang banyak
  4. Mengucapkan salam lebaran
  5. Bersyukur

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia