Telefon ternipis Samsung Galaxy A8 akan dilancar di Malaysia

Share Button

Samsung baru sahaja melancarkan di peringkat antarabangsa, telefon pintar nipis mereka yang lebih nipis dari sebelum ini, Galaxy A8 minggu lepas. Hari ini, kami telah menerima jemputan dari Samsung Malaysia, tentang majlis pelancaran Galaxy A8 di Malaysia. Pelancaran Galaxy A8 akan diadakan pada hari Khamis, 30 Julai 2015.

Galaxy A8 adalah phablet terbaru dan ternipis dihasilkan Samsung masa kini. Ia mempunyai ketebalan hanya 5.9mm, berbanding Galaxy A7 6.3mm. Galaxy A8 memiliki kerangka besi yang sedikit melengkung, yang menjadi trend pengeluar peranti kini. Ia juga dilengkapi pengimbas cap jari yang terletak di butang fizikal HOME, seperti yang terdapat pada Galaxy S6.

main games di Galaxy A8

Skrin Galaxy A8 lebih besar dari Galaxy A7, iaitu 5.7-inci Super AMOLED beresolusi HD Penuh 1920×1080. Ia digerakkan oleh CPU Snapdragon 615 bersama 2GB RAM. Kamera belakangnya mempunyai sensor 16MP F1.9 bersama auto fokus dan LED Flash. Manakala kamera hadapan pua 5MP.

Galaxy A8 yang diperkenalkan di China ini menyokong dwi-sim 4G LTE, tetapi slot kedua berkongsi tempat dengan kad memori mikro-SD. Saiz binaan yang lebih besar pada Galaxy A8, dapat memuatkan bateri lebih besar, berkapasiti 3050mAh. Galaxy A8 menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka TouchWiz.

Di China, Galaxy A8 dijual pada harga RMB3,199 (~RM1959). Tetapi terdapat laporan di mana Galaxy A8 mungkin dijual di Malaysia berharga RM1,888 sahaja. Sama-sama kita nantikan pelancaran Galaxy A8 di Malaysia pada minggu depan.

Samsung Galaxy A8 COVER

Comments

Apa komen anda?