Lelaki Dakwa ‘Diintip’ Samsung

bateri3

Sebuah video yang dikeluarkan seorang lelaki tempatan yang menunjukkan dia mencabut lapisan yang dikatakan cip pengintip daripada telefon pintar Samsung Galaxy Note 3.

Lelaki tersebut mendakwa, cip pengintip tersebut dipasang oleh syarikat dari Korea tersebut untuk mengintip apa yang dilakukan penggunanya termasuk mengesan data, video dan apa saja yang dimuat turun pengguna dari dalam telefon tersebut.

bateri samsung dikopek

Dia juga berkata sudah melakukan perkara sama ke atas 3 lagi telefon Samsung yang dimilikinya. Lelaki tersebut mencabut lapisan pertama yang meliputi bateri telefon Samsung tersebut sebelum membuka satu lagi lapisan berwarna kelabu yang dikatakan cip pengintip.

Kemudiannya, dia memasang balik lapisan penutup tersebut dan percaya ia bukan sekadar lapisan biasa. Dia yang terus mencabut dan membuangnya lapisan tersebut berkata maklumat tersebut cuba dikorek Samsung.

“Bateri itu kemudiannya disambung balik macam buat roti canai,” kata lelaki itu dalam video berdurasi selama 2:18minit.

Malang juga, lelaki tersebut mendakwa lapisan tersebutlah punca bateri lebih cepat kaput.

Untuk makluman, cip tersebut bukanlah cip pengintip tetapi litar Near Field Communication atau NFC yang digunakan untuk memindahkan data secara tanpa wayar dari satu mesin ke telefon pintar Samsung Galaxy Note 3.

Jika anda membukanya, ia boleh menyebabkan kerosakan dan juga boleh menyebabkan anda tidak lagi disambungkan ke NFC.

Betul ke ni dekat bateri phone samsung ade spy?Betul ke ni dekat bateri phone samsung ade spy?More : Sukan Star TVBy : Sukan Star .com @ sukanstar.com

Posted by Sukan Star TV on Wednesday, July 1, 2015

%d bloggers like this: