Kawalan media hiburan lebih seronok dengan Logitech K400 Plus

Logitech hari ini mengumumkan papankekunci mudahalih terbaru, Logitech Wireless Touch Keyboard K400 Plus. Ianya adalah papnkekunci tanpa wayar, yang sangat sesuai untuk digunakan di tempat seperti ruang tamu rumah. Logitech K400 Plus direka berasaskan model K400, yang popular dan diminati ramai.

Logitech K400 Plus Black depan

Papankekunci Logitech K400 Plus boleh berfungsi tanpa wayar sehingga 10 meter jauh dari peranti. Ia dilengkapi dengan touchpad, memudahkan sebarang kawalan hiburan seperti menonton filem, drama, mendengar muzik dan apa jua aktiviti dari jarak jauh.

Logitech K400 Plus Black media button

Rekaan kompak papankekunci ini turut datang dengan butang pantas kawalan media seperti kawalan bunyi, atau mengubah dari aplikasi ke aplikasi yang lain. Jangka hayat bateri pada K400 Plus juga mengagumkan. Ia boleh bertahan sehingga 18 bulan lamanya untuk penggunaan tanpa gangguan.

Logitech K400 Plus white in living room

Papankekunci Logitech K400 Plus boleh digunakan bersama sistem berasaskan Windows 7, Windows 8, Windows 10, Android 5.0 ke atas serta Google Chrome. Ia berhubung menggunakan dongle USB bersaiz nano berkonsepkan cucuk dan tinggal.

Logitech K400 Plus Black USB Dongle

Logitech K400 Plus akan dijual di Malaysia bermula pertengahan Julai 2015 dari pengedar sah Logitech, dengan harga yang disyorkan RM159 termasuk GST. Terdapat dua warna pilihan, iaitu Hitam dan Putih. Ia turut disertakan dengan jaminan terhad selama setahun. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Logitech K400 Plus.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: