Galaxy A8 cipta rekod baru telefon ternipis Samsung

Share Button

Samsung hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar paling nipis mereka, Galaxy A8. Dengan ketebalan hanya 5.9mm, Galaxy A8 lebih nipis dari Galaxy A7 yang memegang rekod telefon pintar Samsung ternipis sebelum ini, pada 6.3mm.

Galaxy A8 mengekalkan rekaan unibodi siri-A yang turut menekankan pada tahap kenipisan telefon. Kerangka besinya kelihatan sedikit melengkung untuk genggaman yang lebih selesa. Lebih menarik, butang fizikal HOME pada Galaxy A8 kini dilengkapi pengimbas cap jari, sama seperti yang terdapat pada Galaxy S6.

Samsung Galaxy A8 pandangan sisi

Galaxy A8 juga menampilkan skrin yang lebih besar dari sebelum ini, iaitu 5.7-inci HD Penuh dengan paparan Super AMOLED. Ia dikuasakan oleh CPU Qualcomm Snapdragon 615 8-teras, dengan 2GB RAM serta pilihan storan 16GB atau 32GB.

Galaxy A8 yang diperkenalkan di China ini menyokong dwi-sim 4G LTE, dengan slot kedua berkongsi tempat dengan kad memori mikro-SD. Saiz binaan yang lebih besar, membolehkan ia memuatkan bateri lebih besar, berkapasiti 3050mAh. Galaxy A8 menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka TouchWiz.

Rekaan Nipis Samsung Galaxy A8

Kamera belakang Galaxy A8 menggunakan sensor 16MP dengan apertur F1.9, sama seperti yang terdapat pada Galaxy S6. Kamera hadapan pula 5MP dengan lensa lebar. Aplikasi kamera turut dapat diaktifkan dengan pantas, dengan menekan butang fizikal HOME dua kali.

Di Malaysia, kehadiran Galaxy A8 telah dikesan di dalam pangkalan data SIRIM. Malah, terdapat laporan mengatakan ia mungkin akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat, dengan harga RM1888. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy A8 di lamanweb Samsung China.

Samsung Galaxy A8 kamera depan belakangSamsung Galaxy A8 selfie lensa lebar Samsung Galaxy A8 main game Samsung Galaxy A8 pengimbas capjari

Apa komen anda?