Yes tawar Mi 4i percuma bersama pelan Yes Super

Telefon pintar yang baru dilancarkan Xiaomi di Malaysia, Mi 4i kini boleh didapati bersama pelan dari Yes, penyedia rangkaian 4G Wimax di Malaysia. Pembeli yang berminat, tidak lagi perlu menantikan jualan khas terhad Mi Malaysia untuk mendapatkan Mi 4i ini. Hanya pergi ke mana-mana Stor Konsep Yes dan pengedar sah Yes untuk mendapatkannya.

Yes menyediakan pelan khas untuk pembelian bersama Mi 4i. Mi Malaysia menjual Mi 4i pada harga RM749 termasuk GST. Tetapi dengan pelan Yes Super 98, Mi 4i boleh dimiliki secara percuma, ataupun berharga RM199 dengan pelan Yes Super 78. Pelan ini perlu didaftarkan secara kontrak 24 bulan untuk mendapatkan harga istimewa Mi 4i ini.

Tetapi, pengguna turut menerima Hotspot 4G mudahalih, Huddle XS bernilai RM508.80 secara percuma, apabila mendaftar kontrak pelan ini. Selain ini, pengguna turut perlu membayar wang pendahuluan RM739 ( bagi pelan Super 98) yang akan direbat sepenuhnya dalam masa 24 bulan. Bagi pelan Super 78, pengguna perlu membayar wang pendahuluan RM789, dan sebanyak RM590 akan direbatkan semula kepada pengguna.

Xiaomi Mi 4i with Huddle XS Super Postpaid Plan Table

Pelan Yes Super 98 memberikan pengguna 10GB data sebulan, 2000 minit panggilan dan 2000 SMS sesama rangkaian Yes. Manakala Yes Super 78 memberikan pengguna 8GB data sebulan, 1000 minit panggilan dan 1000 SMS sesama rangkaian Yes, dengan komitmen bulanan serendah RM49 sebulan.

Telefon pintar Mi 4i adalah peranti kelas pertengahan yang terbaru dari Xiaomi. Ia mempunyai skrin 5-inci HD Penuh, CPU 8-teras Snapdragon 615, 2GB RAM dan 16GB Storan. Maklumat lanjut berkenaan Mi 4i boleh dibaca dari test produk Mi 4i kami di sini: www.theskop.com/2015/05/test-produk-xiaomi-mi-4i/

Buat masa ini, hanya Mi 4i berwarna putih boleh didapati. Untuk mendapatkannya promosi Mi 4i bersama Huddle Xs dan pelan pascabayar Super Yes ini, pembeli boleh melawat mana-mana Stor konsep Yes, Rakan Eksklusif Yes, dan Stor Oh Yes. Atau lawati lamanweb Yes di www.yes.my/v3/personal/whats-hot/mi4i.do

Xiaomi Mi 4i with Huddle XS Super Postpaid Plan

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: