Uber kini berkhidmat secara rasmi di Pulau Mutiara

Setelah membuat percubaan selama beberapa minggu sebelum ini, perkhidmatan pemanduan peribadi Uber kini berkhidmat secara rasmi di Pulau Pinang. Ini memberi peluang bukan sahaja pengguna untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain, malah membuka ruang untuk mereka yang berminat menambah pendapatan, dengan menjadi pemandu Uber.

Bersempena pelancaran rasmi Uber di Pulau Pinang ini, seperti biasa Uber memberi tawaran istimewa. Dalam erti kata lain, pemanduan percuma bersama UBER selama seminggu, menerusi kempen ‘Free Uber Week’. Kempen ini akan berjalan dari 29 Jun sehingga 5 Julai 2015. Apa yang diperlukan ialah, memasukkan kod promosi “UBERFREEWEEKPG” untuk mendapatkan tawaran percuma ini.

Aplikasi Uber di Pulau Pinang

Dalam fasa awal ini, hanya terdapat satu pilihan kenderaan sahaja, iaitu Uber. Berbeza dengan Kuala Lumpur yang mempunyai tiga kelas kendaraan iaitu LUX, Black dan UberX. Caj bayaran Uber di Pulau Pinang, bermula dengan tambang permulaan RM2, dengan tambahan 35sen seminit serta 70sen sekilometer. Sebagai contoh, perjalanan dari Chulia Street ke Gurney Drive dianggarkan sekitar RM8-RM11, manakala perjalanan dari Menara Komtar ke Tanjung Bungah pula dianggarkan sekitar RM14-RM20.

Pemanduan Uber di Pulau Pinang

Uber adalah perkhidmatan pemanduan peribadi, tanpa transaksi tunai. Semua pembayaran dibuat dalam talian, melalui kad debit/kredit yang didaftarkan terlebih dahulu ke dalam akaun. Kemudian, pengguna akan menerima resit melalui emel yang didaftarkan. Pengguna juga boleh meninggalkan reviu berkenaan pemandu dan pengalaman perjalanan mereka.

Uber boleh digunakan terus dari lamanweb www.uber.com ataupun melalui aplikasi mudahalih di iOS, Android ataupun Windows Phone.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: