Saiz 2-inci tapi kuasa Chromecast genggam dunia

Maxis satu-satunya syarikat yang menjual pemain media, Chromecast di Malaysia. Dengannya anda boleh menikmati hiburan melangkaui sempadan, dari mana-mana peranti internet kepada mana-mana TV, termasuk saluran YouTube kegemaran, filem penuh aksi dan tragis, permainan, video keluarga dan gambar dari rakan-rakan. Hanya satu peranti palam-dan-main mudah alih diperlukan untuk membuat semua ini.

Maxis menjual Chromecast ini pada harga RM170 termasuk GST, dan ia terbuka kepada semua. Ia boleh dibeli dari mana-mana Stor Maxis di seluruh Malaysia. Anda boleh memeriksa senarai Stor Maxis di sini. Tetapi khusus untuk pelanggan MaxisONE, mereka boleh membeli Chromecast pada harga diskaun – hanya RM150. Tetapi terhad satu unit sahaja untuk setiap pelanggan. Bagaimanapun, promosi ini hanya sehingga 30 Jun 2015. Selepas itu, ia akan kembali ke harga asal, RM170.

Set Lengkap Google Chromecast

Secara ringkasnya, Chromecast ini mempunyai tiga ciri khas – mudah pasang (plug ‘n’ play), menyokong semua gajet anda dan penting juga, ia hanya dijual secara eksklusif melalui Maxis. Maklumat lanjut Google Chromecast Maxis boleh didapati di sini.

 

10 ciri menarik tentang Chromecast yang anda perlu tahu:

1. Cara pasang Chromecast sangat mudah. Hanya masukkan ke slot HDMI TV anda. Itu saja. Kebiasaan TV atau TV pintar tidak kira jenis LCD, LED atau plasma sekarang memang mempunyai port HDMI di bahagian belakang jadi kalau anda dapat lihatnya bermakna Chromecast sangat sesuai untuk anda.

2. Lepas pasang, sudah pasti anda boleh menonton bermacam kandungan yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini melalui app-app yang sedia ada. Kami namakan sedikit; Youtube, TED, Viki, Twitch, Crunchyroll, Dailymotion, YuppTV, Spuul dan banyak lagi. Anda juga boleh menonton rancangan tempatan melalui pelayar Chrome atau app Plex. Begitu banyak kandungan menarik, mungkin 24 jam pun tidak puas untuk menontonnya.

3. Boleh stream YouTube pada kaca TV anda. Kadang-kadang, tidak puas menonton klip video YouTube di skrin telefon atau laptop anda, jadi lebih baik pancarkannya ke skrin TV 40 inci yang besar itu. Ditambah pula YouTube menyokong format HD penuh jadi tak perlu risau gambar pecah.

4. Apa yang ada dalam telefon, semuanya boleh stream semula ke TV tak kisah telefon anda Android atau iOS. Anda mahu bermain game? Nampak macam seakan bermain PlayStation tetapi gunakan Android anda untuk bermain game di TV.

5. Boleh stream muzik melalui app seperti Rdio, TuneIn, Beyond Pod, Sound Tracker, RadioPup, Deezer. Tambah saja ‘soundbar’ pada TV. Ada pelbagai aplikasi yang disokong melalui Chromecast, selepas memuat turunnya, anda boleh menukar TV seakan-akan radio tempatan. Oh ya, ada juga stesen radio antarabangsa untuk didengar. Sekiranya anda memiliki soundbar, ia lebih aummm!

telefon atau tablet mudah ke chromecast

6. Anda boleh muat turun game dari Google Play, kemudian jadikan telefon sebagai controller. Wah! Chromecast pun boleh jadi konsol rupanya. Terdapat berpuluh-puluh game yang membolehkan anda bermain di skrin TV dan berpuluh game juga menyokong untuk menjadikan telefon pintar controller. Sebagai contoh, Wheel of Fortune, Hasbro’s Monopoly Dash, Scrabble Blitz, Connect Four Quads dan Simon Swipe.

7. Padankan dengan telefon Android dan tukarkannya kepada alat kawalan jauh. Selain controller permainan, anda boleh menukar telefon anda menjadi alat kawalan jauh TV dengan aplikasi yang ada. Ia akan dipasangkan bersama Chromecast.

8. Aplikasi untuk TV sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Aplikasi TV termasuk filem, siri, permainan dan sebagainya bertambah setiap hari, jadi anda tidak perlu risau dan lebih up to date berbanding orang lain.

9. Nak lihat semula gambar yang anda tangkap atau video percutian dengan lebih besar? Chromecast mampu merealisasikannya tanpa kabel. Dengan mudah, pasangkan telefon atau tablet dan stream ke TV anda.

10. Secara ringkasnya, anda boleh menggunakan Chromecast Browser untuk memainkan mana-mana fail media dan menyalurkannya ke skrin yang lebih besar!

 

https://www.youtube.com/watch?v=hoQ8hA_kzog

Sam

Bekas wartawan teknologi akhbar arus perdana. Pernah memenangi beberapa anugerah khas penulisan teknologi. Juga dalam bidang ekonomi dan sains.