Pelan data 3GB Digi lebih murah dari yang lain

Share Button

Hangat diperkatakan sebelum ini, pelan Celcom First Basic 38 adalah pelan data 3GB paling berbaloi di Malaysia. Tetapi kini mungkin tidak lagi, apabila Digi dilihat membuat promosi terhad yang lebih menarik. Digi kini menawarkan pelan data 3GB dengan komitmen bulanan hanya RM36 sebulan, RM2 lebih rendah dari pelan Celcom.

Promosi Digi ini berasal dari pelan pascabayar Digi SmartPlan 50, dengan 2GB data dan caj RM50 sebulan. Tetapi untuk masa terhad, Digi menawarkan pelan pascabayar SmartPlan 50 ini, hanya dengan RM36 sebulan serta tambahan 1GB data, menjadikan jumlah data 3GB. Ia juga datang dengan 100 minit panggilan dan 100 SMS ke semua talian tempatan.

digi-rm36-3gb

Rahsianya, pengguna perlu mendaftar pelan ini sebelum 15 Julai 2015, kerana ini ialah tarikh akhir promosi. Tawaran ini juga hanya boleh didaftar di Stor Digi sahaja. Senarai lengkap Stor Digi boleh dilihat di sini. Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian, harga RM36 ini akan kekal selama 12 bulan sahaja. Selepas itu, ia akan kembali ke pelan asalnya, RM50 dengan 2GB data sebulan. Yang seronoknya, tiada kontrak diperlukan untuk melanggan tawaran terhad ini.

3GB RM36 hanya di Stor Digi

Jika tawaran ini masih tidak mencukupi, Digi turut menawarkan SmartPlan 78 High Data, dengan harga promosi RM66 berbanding harga biasa RM78. Pelan ini datang dengan 4GB data, 200 minit panggilan dan 200 SMS ke semua rangkaian. Kesemua tawaran ini khabarnya diadakan sempena sambutan ulangtahun ke-20 Digi.

digi-rm66-4gb

Adakah anda merasakan pelan Digi ini lebih berbaloi dari telko lain? Jika ya, segera ke Stor Digi terdekat untuk mendaftar, sebelum tamat tempoh tawaran.

[SUMBER: 1, 2]

Comments

Apa komen anda?