HyppTV lancar dua drama tempatan eksklusif di HyppSensasi

HyppTV, perkhidmatan IPTV oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) bukan sahaja menyediakan saluran untuk tontonan ramai, tetapi turut menghasilkan kandungan untuk disiarkan di saluran HyppTV sendiri. Terkini, HyppTV secara rasmi melancarkan dua drama bersiri tempatan, Puteri Gunung Ledang dan juga Jodoh Sebelah Pintu.

Kedua-dua drama bersiri ini akan disiarkan secara eksklusif di HyppSensasi, saluran hiburan HyppTV berbahasa Malaysia (Saluran 116). HyppSensasi menayangkan program unik dan eksklusif berbahasa Malaysia dalam Definisi Tinggi (HD) dan boleh didapati di Saluran 116 menerusi set IPTV juga menerusi aplikasi mudah alih, HyppTVEverywhere.

Jeremy Kung (memegang mikrofon) bersama barisan produksi PGL dan JSPJeremy Kung (memegang mikrofon) bersama barisan produksi drama

Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media TM yang merasmikan pengumuman ini di Menara Kuala Lumpur berkata, TM teruja untuk bekerjasama dengan syarikat produksi tempatan bagi membawa lebih banyak hiburan tempatan. Langkah ini sejajar dengan aspirasi TM menawarkan drama-drama bersiri tempatan yang unik dan eksklusif serta program televisyen khusus untuk penonton di Malaysia menerusi HyppSensasi, saluran hiburan tempatan di HyppTV.

Saluran HyppSensasi boleh dilanggan secara ala carte atau menerusi HyppTV Aneka Pack pada harga RM30 sebulan, tanpa bayaran tambahan bagi Definisi Tinggi (HD). Untuk penonton di peranti mudahalih ia boleh ditonton menerusi aplikasi HyppTV Eveywhere yang boleh dimuat turun di Google PlayStore dan Apple Appstore.

pelakon utama PGL dan JSPDari kiri: Atikah Suhaime, Ammar Alfian, Emma Maembong dan Kamal Adli

“Puteri Gunung Ledang”, diarahkan oleh Suhaimi Lua dari A. Aida Productions akan menampilkan Atikah Suhaime dan Ammar Alfian sebagai pelakon utama. Manakala “Jodoh Sebelah Pintu”, arahan Michael Ang dari Darkwave Pictures menampilkan pelakon sensasi Emma Maembong dan Kamal Adli.

Tahun lalu, HyppTV telah memulakan langkah dalam membawakan produksi drama-drama bersiri tempatan dengan pengenalan lima (5) drama bersiri tempatan. Ia telah ditayangkan buat pertama kali dan secara eksklusif di HyppSensasi iaitu ‘Cahaya Di Hujung Nyawa’, ‘Permainan Cinta’, Selipar Jepun Stiletto Merah’, ‘Cinta Si Egois’ dan ‘BIB’.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial HyppTV di  Facebook HyppWorldTwitter HyppWorld, Instagram HyppWorld dan Youtube TM Official.

barisan pelakon dan pegawai bersama TM HyppTV

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: