Google buka laman khas Teman Ramadan Saya

Bagi membantu muslim di seluruh dunia meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Google melancarkan laman khas Ramadhan yang dipanggil ‘My Ramadhan Companion‘, ataupun dalam bahasa Melayu, ia dikenali sebagai laman ‘Teman Ramadan Saya‘. Laman khas ini boleh diakses melalui pautan https://ramadan.withgoogle.com

Laman khas ‘Teman Ramadan Saya‘ ini adalah tempat setempat yang mengumpulkan segala perkara menarik berkaitan bulan Ramadhan, yang berlaku di sekitar lokasi pengguna. Ia dibahagikan kepada tiga kategori selain paparan utama, iaitu Makanan, Hiburan dan Rancang.

Teman Ramadan di Android

Untuk mendapatkan kandungan berbahasa Melayu, pergi ke bahagian menu dengan menekan ikon 3 garisan di penjuru atas kiri. Kemudian tukar bahasa dari English ke Bahasa Melayu.

Laman ‘Teman Ramadan Saya‘ menampilkan antaramuka¬†seakan kad Google Now. Pengguna akan dihidangkan dengan pelbagai perkara berkaitan Ramadan seperti video siaran langsung dari Masjidil Haram, aplikasi berguna, Pasar Ramadhan berhampiran, Resepi berbuka waktu imsak & waktu berbuka serta macam-macam lagi.

Jangan lupa untuk layari laman ‘Teman Ramadan Saya‘ bersama Google untuk pelbagai kandungan pantas berkaitan Ramadhan.

Google - Teman Ramadan Saya - baris 01 Google - Teman Ramadan Saya - baris 02

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: