Gerbang Keselamatan Web Blue Coat terima pengiktirafan 8 tahun berturut-turut

Gartner, firma khidmat nasihat dan kajian telah meletakkan Blue Coat Systems Inc (Blue Coat) sebagai jenama terkemuka Gerbang Keselamatan Web (Secure Web Gateways). Pengiktirafan dari Gartner ini adalah tahun ke-lapan berturut-turut diterima oleh Blue Coat, selaku peneraju industri keselamatan perniagaan.

Dalam laporan yang dikeluarkan Gartner pada 28 Mei 2015, Gartner meletakkan hanya 3 jenama sebagai Peneraju (Leaders) iaitu Websense, Zscaler dan juga Blue Coat. Gartner menilai prestasi vendor berdasarkan keupayaan pelaksanaan dan juga kesempurnaan penyelesaian mereka, yang diiktraf terdapat pada penyelesaian keselamatan Blue Coat.

Gartner magic Quadrant

Menurut Pengurus Blue Coat Malaysia, Ivan Wen, Secure Web Gateway adalah asas kepada keselamatan yang terbaik di dalam kelasnya. Ia mempunyai kepintaran masa nyata yang digerakkan berdasar keupayaan polisi keselamatannya. Gabungan teknologi Blue Coat di dalam premis dan juga infrastruktur di Awan, memberi kemudahan kepada pengguna untuk memaksimakan pelaburan teknologi keselamatan mereka, serta mempergunakannya secara konsisten di samping mengekalkan pengalaman yang mesra pengguna dan berkos rendah.

Ivan Wen Pengurus Blue Coat MalaysiaIvan Wen, Pengurus Blue Coat Malaysia

Syarikat yang meletakkan keselamatan siber sebagai keutamaan, adalah lebih bersedia dalam membuat keputusan yang penting dan berisiko. Keseimbangan dalam pengurusan di antara risiko dan prestasi kewangan adalah kunci kejayaan perniagaan. Blue Coat membantu syarikat membuat analisa risiko yang tepat agar keputusan perniagaan yang betul dapat dibuat, dan menjana keuntungan buat syarikat.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: