Canon lancar lensa prima EF50mm STM generasi ke-3

Canon, jenama peneraju industri kamera SLR baru-baru ini mengumumkan pengenalan lensa EF50mm f/1.8 STM generasi ke-3 yang baru, dilengkapi Stepping Motor (STM) serba baru dengan fungsi dipertingkatkan.

Lensa EF50mm yang baru ini, memberikan sudut lebar pandangan biasa manusia 50mm, apabila dipasangkan pada kamera Full Frame. Ia juga sesuai digunakan bersama kamera APS-C untuk tangkapan portrait, dengan sudut lebar pandangan 80mm. Efek kabur di luar subjek, dapat dicapai dengan kesan lebih baik menggunakan lensa prima ini.

Contoh gambar lensa EF50mm STM

Apertur f/1.8 yang lebih besar dan cerah ini, memberikan keterangan yang lebih jelas untuk tangkapan gambar waktu malam. Binaan besi di keliling memastikan ia tahan lasak di dalam badan yang kompak. Manakala motor STM yang baru memastikan auto-fokus lebih senyap dan mengurangkan silau & kesan berhantu.

Fungsi utama STM yang baru ini, memberi kelebihan kepada rakaman video. Pergerakan auto-fokus yang sering berubah, menghasilkan bunyi yang lebih senyap dengan STM generasi ke-3 ini. Rakaman video dapat dihasilkan dengan lebih jelas, melalui fokus yang pantas tanpa gangguan bunyi motor pada lensa.

Lensa EF50mm yang baru ini turut dilengkapi lensa optik baru dengan Selaput Super Spectra, bagi mengurangkan silau & kesan berhantu. Apertur turut dipertingkat dari 5-pisau ke 7-pisau, untuk penghasilan kesan bokeh yang lebih menarik.

Canon EF50mm f18 STM COVER

Fokus pada lensa EF50mm ini lebih pendek 10cm, iaitu 35cm berbanding 45cm dulu. Ini membolehkan pengguna 10cm lebih dekat dengan subjek. Ia juga membolehkan pembesaran sebanyak 0.21x, lebih tinggi berbanding 0.15x pada lensa lama.

Lensa baru Canon EF50mm f/1.8 STM sudah mula dijual di Malaysia, dengan harga yang disyorkan RM499.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: