10 tahun kamera DSLR Canon EOS 5D berkhidmat untuk semua

Canon tahun ini menyambut ulangtahun ke-10, pengenalan kamera DSLR dari siri EOS 5D. Ia pertama kali diperkenalkan pada bulan September 2005, EOS 5D memberi peluang kepada pengguna amatur-maju untuk mempergunakan prestasinya menghasilkan gambar berkualiti tinggi dan ekspresi fotografi unik pada DSLR, yang dilengkapi sensor bingkai-penuh 35mm, yang sebelum ini hanya dinikmati pengguna di tahap profesional sahaja.

Di masa pelancarannya pada tahun 2005, sensor CMOS bingkai-penuh hanya terdapat pada kamera model profesional sahaja. Selepas pengenalannya, ia menyumbang kepada peningkatan populariti kamera yang dilengkapi sensor bingkai-penuh, yang boleh mula dimiliki oleh pengguna amatur-maju.

Pada November 2008 pula, Canon melancarkan generasi kedua dari siri yang sama, iaitu model EOS 5D Mark II. Ia adalah kamera pertama dari siri EOS, yang dilengkapi fungsi merakam video pada format HD Penuh, sekaligus mempopularkan penggunaan kamera DSLR sebagai peralatan merakam video. Kamera EOS 5D Mark II memberi impak besar dalam industri penghasilan video, dengan menghasilkam gambar berkualiti tinggi dengan kualiti SLR dalam penghasilan subjek berlatar kabur, yang popular dengan gelaran bokeh. EOS 5D Mark II turut membolehkan penggunanya menggunakan lensa Canon dari siri EF, yang memiliki sehingga 64 jenis lensa untuk penghasilan pengimejan dengan kreativiti tanpa had.

Canon EOS 5D Mark III

Pada bulan Mac 2012 pula, generasi ketiga diperkenalkan. Kamera EOS 5D Mark III menambah baik kualiti gambar pegun dan video, serta peningkatan ketepatan fokus auto dan menambah kelajuan tangkapan gambar berterusan. EOS 5D Mark III mendapat pujian ramai, dan menjadi kamera DSLR utama Canon dalam kelas amatur-maju.

Kamera DSLR Canon EOS 5D boleh didapati di Malaysia, dengan harga pasaran yang disyorkan seperti berikut:

EOS 5D Mark III (Badan sahaja) – RM 11,399.00
EOS 5D Mark III Kit (EF 24-105 F4L IS USM) – RM 13,799.00
EOS 5D Mark III Kit II (EF 24-70 f/4L IS USM) – RM 14,199.00
EOS 5DS (Badan sahaja) – RM 13,999.00
EOS 5DS R (Badan sahaja) – RM 14,999.00

Layari lamanweb Canon Malaysia untuk lebih banyak maklumat berkaitan kamera Canon EOS 5D.

Canon EOS 5DS dan 5DSR

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: