Test produk – Xiaomi Mi 4i

KELEBIHAN

+ Skrin HD Penuh 1080p
+ Badan nipis
+ Kamera tidak terbonjol
+ Paparan kalis cahaya matahari

KEKURANGAN

– Badan plastik
– Prestasi kelas pertengahan
– Tiada slot kad mikro-SD

 

Setahun yang lepas, Xiaomi mendarat di Malaysia dan mula menjual telefon pintar Mi 3. Tidak lama kemudian, Mi 4 dilancarkan di China tetapi menemui kesukaran untuk tiba di Malaysia. Untuk itu, Xiaomi menghasilkan satu lagi model baru, dikenali sebagai Mi 4i. Di India ia dikenali sebagai Mi for India, dan di Indonesia pula Mi for Indonesia. Tetapi di rantau lain, Xiaomi mahu ia dikenali sebagai Mi for International (Antarabangsa).

Mi4i - depan senget skrin off

Hugo Barra melancarkan Mi 4i di India sebulan yang lepas, dan kini ia telah tiba di Malaysia. Hugo mengatakan Mi 4i adalah telefon pintar kelas utama, kerana ia mempunyai skrin 5-inci HD penuh. Di Malaysia, Mi 4i dijual pada harga RM749 termasuk GST. Untuk memastikan kebenaran ini, kami mencuba sendiri telefon pintar Mi 4i.

 

 

MUKA 2: Rekabentuk Luar

[nextpage title=”Rekabentuk Luar”]

Untuk telefon pintar dengan skrin 5-inci, Mi 4i mempunyai saiz badan yang terkecil. Dengan lebar 69.6 mm & tinggi 138.1 mm, menjadikan ruangan bukan skrin, sangat kecil. Lebih kurang 72.3% dari ruang hadapannya dipenuhi skrin selebar 5-inci. Ruang tanpa skrin yang kecil, membuat ia kelihatan seperti telefon pintar dengan skrin lebih kecil dari 5-inci. Tetapi tidaklah sampai tiada ruang bezel.

Mi4i - depan lurus

Di ruangan atas skrin Mi 4i, terdapat logo MI di sebelah kiri, dengan grill pembesar suara panggilan. Di sebelah kanan pembesar suara, terdapat kamera depan 8MP dengan fokus tetap. Beberapa sensor juga ada di bahagian atas ini, yang tidak berapa kelihatan dengan penglihatan mata kasar.

Mi4i - depan atas Mi4i - depan bawah

Manakala di ruangan bawah skrin, terdapat tiga butang kapasitif iaitu Recent Apps, Home dan Back. Ketiga-tiga-butang ini memiliki lampu, jadi mudah untuk penggunaan di waktu malam atau gelap.

Mi4i - atas Mi4i - bawah

Di ruang atas telefon Mi 4i, hanya terdapat port audio 3.5mm yang diletakkan di hujung kanan. Di ruang bawah pula, terdapat satu port mikro-USB 2.0, serta satu lubang kecil di sebelahnya yang dipercayai adalah ruang mikrofon.

Di ruangan tepi, Mi 4i meletakkan semua butang fizikal di sebelah kanan. Di atasnya terdapat butang kawal bunyi naik dan turun, Di tengah pula, terdapat butang kuasa. Butang ini walaupun kelihatan metalik, tetapi ia diperbuat dari plastik sahaja.

Mi4i - sisi kanan Mi4i - sisi kiri

Di sebelah kiri pula, Xiaomi meletakkan slot untuk kad sim. Slot ini boleh dibuka menggunakan jarum atau pin yang dicucuk ke lubang pada slot. Kemudian, akan terkeluar dulang yang boleh memuatkan dua kad sim bersaiz mikro. Kedua-dua slot ini meyokong 4G-LTE, jadi tidak perlu bersusah payah menukar kad sim untuk keperluan data berkelajuan tinggi.

Mi4i - dua slot kad sim mikro

Bahagian belakang Mi 4i, diperbuat dari plastik polikarbonat. Sekali pandang, ia kelihatan seperti peranti premium dengan kemasan matte. Kemasan ini adalah jenis yang kami gemari, tidak licin tetapi terasa kukuh dan sedap dipegang. Tetapi, penutup belakang Mi 4i ini tidak boleh dibuka sendiri, jadi bateri di dalam tidak boleh ditukar oleh pengguna.

Mi4i - belakang

Di bahagian atas di belakang, terdapat kamera 13MP yang dipadankan dengan dwi-tona LED Flash. Xiaomi menekankan, rekaan kamera belakang mereka ini tidak menonjol dan sama rata sahaja dengan binaan badan. Berbeza dengan rekaan kebanyak telefon pintar lain yang membuat kamera belakang sedikit tertonjol, menjadikannya tidak berapa digemari untuk diletak terus di atas meja.

Mi4i - belakang atas Mi4i - belakang bawah

Di bahagian bawah pula, terdapat Logo MI dengan nombor model Mi 4i iaitu 2015015. Pembesar suara utama Mi 4i juga terletak di bahagian belakang, di bawah ini. Ia mempunyai lubang suara yang lebar, yang kelihatan seperti menghasilkan bunyi yang kuat.

Secara keseluruhan, peranti Mi 4i ini agak sedap dipegang kerana terdapat sedikit lengkuk pada setiap sisi telefon. Tetapi rekaan senipis ini masih terasa kurang selesanya, berbanding telefon lain yang lebih tebal. Cuma, kami memang suka dengan peranti bersaiz 5-inci. Cukup-cukup untuk penggunaan sebelah tangan mencapai seluruh skrin. Apatah lagi, dengan bezel yang nipis menjadikannya kurang lebar.

 

MUKA 3: Kuasa Dalaman

[nextpage title=”Kuasa Dalaman”]

Hugo dalam pelancaran pertama Mi 4i di India, mengatakan Mi 4i adalah peranti kelas utama. Tetapi kami kurang bersetuju dengan kenyataan Hugo. Di atas kertas, memang jelas dapat dilihat Mi 4i adalah peranti kelas pertengahan.

Spec - Xiaomi Mi4i

Mi 4i dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 615, dengan keupayaan 64-bit. Ia mempunyai 4-teras berprestasi tinggi 1.7GHz dan 4 lagi teras jimat tenaga 1.1Ghz. Bahagian grafik pula diuruskan oleh pemproses GPU Adreno 405.

Mi 4i mempunyai RAM sebesar 2GB dari jenis LPDDR3. Ia dipadankan bersama storan sebesar 16GB. Malangnya, storan ini tidak dapat ditambah kerana tiada slot mikro-SD pada Mi 4i. Ini selaras degan langkah Xiaomi yang tidak mahu meletakkan slot kad memori mikro-SD pada peranti utama mereka.

Pada bahagian kad sim pula, Mi 4i menyokong dwi-sim bersaiz mikro. Kedua-dua slot kad sim ini menyokong 4G-LTE, jadi pengguna tidak perlu membuka slot kad sim untuk menukarnya. Penukaran penggunaan data dan panggilan, semuanya boleh dilakukan terus dari bahagian tetapan.

sambungan di Mi4i

Mi 4i turut menyokong pelbagai fungsi lain seperti Bluetooth 4.1 bertenaga rendah, Wifi MIMO yang lebih pantas, WiFi Direct, serta GPS dengan sokongan A-GPS, GLONASS dan BDS. Malangnya Mi 4i tidak mempunyai NFC, salah satu sebab menjadikannya tergolong dalam kelas pertengahan.

 

Teknologi Sunlight Display

Satu fungsi unik pada Mi 4i adalah paparannya yang dilengkapi teknologi Sunlight Display, ataupun paparan matahari. Berbanding fungsi biasa kecerahan skrin automatik, teknologi Sunlight Display meningkatkan kontras paparan secara automatik. Ia menjadikan gambar kelihatan lebih hidup dan senng dilihat di bawah cahaya matahari. Walaupun kelihatan seperti kurang kegunaan, tetapi fungsi kecil seperti ini banyak menjimatkan masa di waktu yang sukar.

 

MUKA 4 – Sistem Operasi & Antaramuka

[nextpage title=”Sistem Operasi & Antaramuka”]

Jauh sebelum mula menjual telefon pintar, Xiaomi memulakan operasi penghasilan antaramuka MiUi. Kini, Mi 4i dilengkapi dengan MiUi versi 6 yang terbaru, bersama sistem operasi Android 5.0 Lollipop.

Bermula dari skrin terpadam, apabila butang kuasa ditekan, akan dilihat antaramuka ‘lock screen’. Pada Lock Screen Mi 4i ini, terdapat jam yang menunjukkan masa di bahagian atas, serta tarikh di bawahnya. Tidak terdapat sebarang perkara lain di lock screen ini selain notis untuk unlock di bawah.

Mi4i - lockscreen 01Mi4i - lockscreen 02

Tetapi, terdapat satu akses pantas ke kamera dari lock screen ini. Pengguna hanya perlu menyapu dari hujung kanan skrin ke kiri, dan ia membawa terus ke aplikasi kamera. Jika tidak, sapu dari bawah ke atas untuk terus ke antaramuka utama Mi 4i. Satu lagi perkara tersembunyi pada lock screen MiUi, ialah akses pantas ke flashlight. Dari lock screen, hanya tekan butang HOME agak lama, dan ia akan terus ke aplikasi Flashlight dan menghidupkan LED di belakang.

Mi4i - Miui 01Mi4i - Miui 02

Antaramuka MiUi 6 ini kelihatan penuh warna-warni. Tetapi ia kelihatan agak kemas, tidak terlalu bersepah. Pertama sekali, perlu diketahui MiUi tidak mempunyai Apps Drawer, jadi semua aplikasi diakses terus dari antaramuka utama. Terdapat 4 aplikasi tetap di bahagian bawah, secara lalainya ialah Phone, Contacts, Browser dan Messaging. Tetapi ia boleh memuatkan maksima lima aplikasi tetap di bawah ini.

Mi4i - Miui 03Mi4i - Miui 04Mi4i - Miui 05

Rupa, bentuk dan warna antaramuka MiUi boleh diubahsuai dengan mudah, melalui Stor Themes. Terdapat banyak Themes boleh dimuat turun dari stor ini, termasuk bertemakan Malaysia. MiUi antara yang terawal memperkenalkan konsep Themes, yang kini semakin diikuti oleh kebanyakan pengeluar jenama lain.

Mi4i - Themes 001Mi4i - Themes 002Mi4i - Themes 003

Selain Themes, MiUi turut memiliki beberapa aplikasi khas seperti Clock, Recorder, Radio, Calculaotr, Compass dan Scanner. Tetapi satu aplikasi yang wajar diambil perhatian ialah Security.

Di sini, pengguna boleh memantau beberapa perkara penting seperti membersihkan cache untuk mendapat lebih storan, memantau dan menetapkan had limit penggunaan data, menghalang panggilan dan sms orang yang tidak dikenali, memeriksa jangka hayat bateri, mengimbas virus di dalam telefon serta menetapkan kebenaran untuk aplikasi menggunakan fungsi telefon. Security memberikan pengguna lebih banyak kawalan, agar aplikasi tidak sewenang-wenangnya mengakses bahagian yang tidak perlu, serta penggunaan bateri dapat dijimatkan agar bertahan lebih lama.

Mi4i - Security 01Mi4i - Security 02Mi4i - Security 03Mi4i - Security 04

Untuk notifikasi, seperti biasa ia boleh didapati terus dari bahagian atas skrin. Tetapi, kami kurang gemar dengan antaramuka notifikasi MiUi 6, kerana ia menggunakan ikon yang sangat kecil dari biasa. Agak sukar untuk mengenalpasti notifikasi dari aplikasi mana yang tiba. Untuk melihatnya secara penuh hanya sapu dari hujung atas skin ke bawah, dan akan kelihatan senarai penuh notifikasi terbaru.

Mi4i - miui notification 01Mi4i - miui notification 02Mi4i - miui notification 03

Dari ruang notifikasi penuh ini, sapu pula dari kanan skrin ke kiri, dan anda akan masuk ke ruangan tetapan pantas. Di ruangan ini, terdapat pemain lagu yang tetap di bahagian atas. Manakala bahagian bawah dipenuhi pelbagai tetapan pantas seperti WiFi, GPS, HotSpot, Bluetooth dan banyak lagi. Di bahagian bawah sekali, terdapat ikon seperti gear, yang membawa terus ke bahagian penuh tetapan.

Mi4i - Settings 001Mi4i - Settings 002Mi4i - Settings 003Mi4i - Settings 004

 

MUKA 5 – Kamera

[nextpage title=”Kamera”]

Xiaomi melengkapkan Mi 4i dengan kamera yang agak bagus. Bagi kamera belakang, ia memiliki sensor buatan Sony/Samsung dengan resolusi 13MP, lensa 5-elemen serta apertur F2.0. Ia dipadankan dengan dwi-tona LED Flash yang menggabungkan cahaya hangat dan sejuk, agar hasil gambar kelihatan lebih semulajadi. Kamera Mi 4i menyokong fungsi HDR masa nyata, dan boleh merakam video sehingga resolusi HD Penuh 1080p.

Tiada cara untuk melancarkan aplikasi kamera semasa skrin terpadam. Paling pantas, ia boleh dilancarkan dari lock screen sahaja. Aplikasi kamera ini kelihatan mengambil masa beberapa saat untuk dilancarkan, ini sedikit sebanyak menjejaskan pengambilan gambar yang kadang-kadang muncul sejenak.

Mi4i - Camera UI 001Mi4i - Camera UI 002Mi4i - Camera UI 003

Aplikasi kamera Mi 4i kelihatan kemas, seperti antaramuka utamanya. Terdapat tiga butang besar di sebelah kanan/bawah iaitu butang kamera, video dan gambar yang telah diambil. Di sebelah tiga butang utama ini, terdapat tiga lagi butang kecil yang memberi akses kepada tetapan flash, tetapan HDR serta penukaran kamera belakang ke depan.

Jika pengguna menyapu dari atas skrin ke bawah, atau kanan skrin ke kiri, akan terdapat pilihan filters untuk menjadikan gambar lebih menarik. Manakala sapuan dari kiri ke kanan, atau bawah ke atas pula membawa ke ruangan mod kamera. Terdapat beberapa mod kamera boleh digunakan iaitu panorama, timer, refocus, manual, beauty dan HHT untuk mengambil gambar di kawasan malap cahaya.

Mi4i - Camera ModesMi4i - Filters 2Mi4i - Camera Settings 01Mi4i - Camera Settings 02

Di ruangan mod kamera ini juga, terdapat ikon gear di bawah, untuk lebih banyak tetapan kamera. Di ruangan tetapan ini, pengguna boleh memilih tetapan seperti bunyi kamera, watermark, kualiti gambar dan lain-lain lagi.

Mi4i - Camera ManualMi4i - Front Camera 017

Untuk merakam video, langkah pada Mi 4i sedikit berbeza. Jika pada telefon lain, menekan butang video akan terus merakam. Tetapi pada Mi 4i, menekan butang video membawa ke ruang persediaan merakam. Tekan sekali lagi butang merakam berwarna merah, barulah video akan mula dirakam.

Mi4i - Camera Video 01Mi4i - Camera Video 02Mi4i - Camera Video 03

Rakaman video pada Mi 4i tidaklah sehebat kebanyakan peranti utama. Ia mempunyai penstabil imej, tetapi bukan optikal dan hanya untuk resolusi setinggi 720p sahaja. Resolusi tertinggi rakaman pula ialah HD Penuh 1080p, tidak mencapai UHD 4K mahupun UHD 2K.

 

Sampel Gambar Kamera Belakang

Test-Kamera-Theskop-IMG_20150524_154519 Test-Kamera-Theskop-IMG_20150527_172704 Test-Kamera-Theskop-IMG_20150526_123545 Test-Kamera-Theskop-IMG_20150526_141506 Test-Kamera-Theskop-IMG_20150524_090407_HDR Test-Kamera-Theskop-IMG_20150527_221332

 

Sampel Video Kamera Belakang

 

MUKA 6 – Hayat Bateri & Pengecasan

[nextpage title=”Hayat Bateri & Pengecasan”]

Kapasiti bateri untuk Mi 4i adalah antara yang terbesar untuk peranti bersaiz 5-inci. Ia berkapasiti 3120mAh dan Xiaomi menyatakan Mi 4i mampu bertahan sehingga 1.5 hari untuk penggunaan biasa.

Kami mencuba ketahanan bateri ini dengam ujian aplikasi Geekbench 3. Ianya dicuba sebanyak dua kali. Kali pertama dengan mod tenaga Balance dan kali kedua pula mod tenaga Performance.

Mi4i - Battery Geekbench PerformanceMi4i - Battery Geekbench Balance

Mod Performance bertahan selama 5 jam 40 minit 30 saat, dengan markah sebanyak 2270. Manakala mod Balance pula bertahan selama 6 jam 43 minit 50 saat dengan 2692 markah. Ketahanan dan markah ini agak rendah jika dibandingkan dengan Lenovo A7000 yang kami uji sebelum ini. Lenovo A7000 bertahan selama 8 jam 53 minit 30 saat dengan markah 4984. Mungkin ada sedikit kekurang bacaan dalam ujian ini.

Mi4i - Bateri 004Mi4i - Bateri 003Mi4i - Bateri 002Mi4i - Bateri 001Mi4i - Bateri 005

Seterusnya, kita lihat pula pada daya tahan bateri Mi 4i dalam penggunaan seharian di dunia sebenar. Bagi penggunaan biasa, merangkumi Emel, Panggilan, SMS, Facebook, Twitter, Instagram serta sedikit navigasi Waze dan bermain games Asphalt 8, Mi 4i kami bertahan selama 20 jam 23 minit dengan bateri di sekitar 20%. Masa hidup skrin pula selama 2 jam 44 minit. Daya tahan bateri sebegini agak biasa untuk kebanyakan peranti pintar masakini. Jadi, kenyataan Xiaomi tentang Mi 4i bertahan sehingga 1.5 hari seeprti tidak boleh dipakai sangat.

Sebenarnya, apa yang menambah kekecewaan kami di dalam ujian bateri ini adalah pada aspek pengecasan. Mi 4i dinyatakan mempunyai teknologi pengecasan pantas, yang boleh mengecas sehingga 40% dalam masa 1 jam. Pengecasan penuh pula mengambil masa 3 jam.

Mungkin jurutera Xiaomi ataupaun bahagian pemasarannya terlupa, kebanyakan telefon pintar lain hanya mengambil masa 2 jam untuk mengecas sehingga 100% penuh. Contoh pengecasan pantas yang sebenar adalah seperti OPPO VOOC dan juga apa yang terdapat pada Samsung Galaxy S6. Bateri Mi 4i pada kadar biasa dan mengecas pula ambil masa yang lama, ini bukan berita yang baik.

Mi4i - battery profile 001Mi4i - battery profile 003

Untuk memanjangkan lagi hayat bateri, MiUi 6 disertakan beberapa tetapan penjimatan tenaga. Berbanding tetapan sedia ada yang sering terdapat pada jenama lain, MiUi menawarkan beberapa pilihan tetapan yang boleh diubahsuai.

Mi4i - battery profile 004Mi4i - battery profile 002Mi4i - battery profile 006Mi4i - battery profile 005

Secara lalai, ia mempunyai profil Marathon yang mematikan Wifi & data mudahalih, profil Sleep yang mematikan semua fungsi kecuali Alarm Clock, dan profil Powerful yang menghidupkan semua fungsi. Pengguan boleh mencipta sendiri profil bateri, dan memilih fungsi penjimatan yang diperlukan seperti prestasi CPU, tahap kecerahan skrin, pilihan wifi, getaran dan macam-macam lagi. Seterusnya, profil ini boleh ditetapkan masa pengaktifannya. Samada mengikut tahap bateri ataupun tetapan masa.

 

MUKA 7 – Prestasi & Ujian

[nextpage title=”Prestasi & Ujian”]

Suka untuk kami kongsikan pengalaman menggunakan mi 4i selama hampir seminggu ini. Ianya memang jauh berbeza dari tanggapan awal kami. Walaupun masih dikira lancar, tetapi dapat dirasakan kelancaran antaramuka Mi 4i ada sedikit lambat berbanding kebanyak peranti utama yang telah kami cuba. Lebih tepat lagi, kami rasa seperti menggunakan Redmi 2. Lancar tapi tak cukup pantas.

Untuk lebih meyakinkan perasaan ini, ujian prestasi menggunakan aplikasi seperti Antutu, Geekbench dan juga 3DMark dijalankan. Hasilnya pula adalah seperti berikut.

Mi4i - benchmark Antutu 002Mi4i - benchmark Antutu 001Mi4i - benchmark Antutu 003

Ujian paling popular menggunakan aplikasi Antutu, memberikan markah sebanyak 39529 bagi Mi 4i. Markah ini dikira sedikit rendah dari Galaxy S5 dan juga Mi 4 yang menggunakan CPU Snapdragon 801, serta lebih tinggi dari Mi 3 yang menggunakan CPU Snapdragon 800.

Mi4i - benchmark 3DMark 003Mi4i - benchmark 3DMark 002Mi4i - benchmark 3DMark 001Mi4i - benchmark 3DMark 004

Untuk ujian 3DMark yang menekankan pencapaian grafik, Mi 4i mencapai markah sebanyak 9676 untuk ujian Ice Storm, 5610 untuk Ice Storm Extreme dan 7920 bagi Ice Storm Unlimited.

Mi4i - benchmark Geekbench 001Mi4i - benchmark Geekbench 002Mi4i - benchmark Geekbench 003

Pada ujian intesif CPU menggunakan Geekbench 3, Mi 4i memperoleh 738 markah bagi ujian satu teras, dan 2759 markah bagi ujian pelbagai teras.

Dengan jujurnya kami katakan, prestasi ini masih belum mencapai tahap peranti utama. Ia masih di dalam kelas peranti pertengahan. Malah bukan angka ini sahaja, pengalaman kami sendiri memberitahu Mi 4i tidak beroperasi seperti peranti utama. Tetapi, ia masih dikira berbaloi dengan harga yang ditawarkan oleh Mi Malaysia.

 

MUKA 8 – Kesimpulan

[nextpage title=”Kesimpulan”]

Xiaomi kelihatan cuba meletakkan Mi 4i di posisi sama seperti Mi 4, iaitu peranti premium di kelas utama. Tetapi sepanjang pengalaman kami menggunakannya, ia tidak langsung memberikan rasa ataupun kemampuan yang ada pada peranti kelas utama. Dengan kemasan badan plastik dan prestasi biasa-biasa sahaja, kami kelaskannya di dalam kelas pertengahan.

Walaupun begitu, pada harga RM749, ia masih memberikan nilai terbaik untuk telefon pintar melebihi jenama lain. Sukar untuk ditemui tefefon pintar di bawah RM800 dengan ciri-ciri seperti CPU Snapdragon 615, 16GB storan, paparan skrin HD Penuh serta dwi-slot 4G. Malah, kapasiti bateri yang besar pada binaan yang kecil dan nipis, menunjukkan kesungguhan jurutera Xiaomi menghasilkan peranti yang kelihatan menarik.

Cadangan dari kami, jika anda mempunyai bajet RM800 dan tidak memerlukan slot kad memori mikro-SD, bateri yang tidak boleh dicabut dan selesa dengan skrin 5-inci, maka Mi 4i haruslah berada di senarai teratas peranti pilihan.

Lima warna Mi 4i

Telefon pintar Mi 4i dijual melalui lamanweb Mi Malaysia sahaja, pada harga RM749 termasuk GST. Buat masa ini, hanya warna putih ditawarkan untuk pasaran Malaysia, berbanding lima warna yang diumumkan di India bulan lepas.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: