Telefon Windows termurah Lumia 430 mula dijual di Malaysia

Microsoft Malaysia hari ini mengumumkan penjualan telefon pintar termurah mereka, Lumia 430 di pasaran Malaysia. Harga runcit untuk Lumia 430 di Malaysia ialah RM319, paling murah untuk telefon pintar berasaskan Windows Phone 8.

Lumia 430 sebenarnya telah pun dilancarkan di Malaysia bulan lepas, bersama-sama Lumia 640 dan juga Lumia 640 XL. Walaupun murah, Microsoft tidak mengabaikan prestasi telefon ini apabila menyertakan CPU Qualcomm Snapdragon 200, 2-teras 1.2GHz yagn dipadankan dengan 1 GB RAM. Storan dalamannya 8GB dengan pilihan tambahan melalui slot kad mikro-SD sehingga 128GB. Microsoft turut memberi storan awan OneDrive sebanyak 30GB untuk pengguna Lumia 430.

Lumia 430 - depan oren belakang hitam

Antara ciri-ciri menarik pada Lumia 430 adalah sokongan dwi-sim dengan skrin 4-inci beresolusi WVGA. Lumia 430 mempunyai kamera belakang 2MP dan kamera hadapan VGA, yang boleh digunakan untuk membuat panggilan menggunakan aplikasi Skype. Lumia 430 juga boleh dinaiktaraf ke Windows 10 secara percuma, apabila ia tersedia dimuat turun kelak.

Microsoft Malaysia akan mula menjual Lumia 430 di Malaysia pada hari Jumaat, 8 April 2015 dengan dua pilihan warna, iaitu Oren Cerah dan juga Hitam. Baca laporan kami semasa pelancarannya bersama Lumia 640 di sini.

Lumia-430-depan Lumia-430-belakang

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: