Sticker Viber masuk muzium

Viber dengan kerjasama Muzium Pelekat Hatch telah melancarkan pameran bertajuk ‘Sticker History: from Street to Public Chat’ (Sejarah Pelekat: dari Jalanan ke Chat Awam). Menerusi program Sticky Fingers, artis visual, pengilustrasi dan pereka dari serata dunia telah diundang untuk menghasilkan karekter asli untuk dihasilkan semula dalam bentuk sticker Viber.

Program itu menerima ribuan penyertaan dari lebih 100 buah negara. Illustrasi tupai hasil idea Stanislav Markenko akhirnya dipilih menjadi pemenang utama.

Karya itu kini diiktiraf sebagai sebahagian daripada pameran Hatch yang kini berada di Moscow. Hatch merupakan muzium pertama seumpamanya yang dicetuskan oleh Oliver Baudach, penggemar pelekat yang setia mengikuti perkembangan budaya pelekat.

Koleksinya memuatkan tokoh seni moden dan muzik termasuklah pencipta pelekat OBEY, Shapard Fairey. Pameran Hatch di Rusia itu turut mengetengahkan 10 karya terbaik daripada program Sticky Fingers.

Sejarah pelekat bermula berdekad lalu. Andy Warhol pernah menghasilkan pelekat pisang untuk The Velvet Underground. Imej pisang itu telah mencetuskan perkembangan budaya pelekat. Melalui pameran Hatch, Baudach memperlihatkan tenaga dan kuasa pelekat manakala Viber pula dalam peranan memperkenalkan bakat dan generasi baru pereka pelekat.

Makarenko akan bekerjasama dengan Viber Design Studio untuk memperkembangkan lagi ciptaannya dan bakal menerima royalti untuk setiap pek stickernya yang terjual.

logo viber ungu