Sony Xperia Z3+ menggantikan Xperia Z4 di peringkat antarabangsa

Sony akhirnya memperkenalkan model terbaru telefon pintar utamanya, iaitu Xperia Z3+. Ianya kelihatan sama seperti Xperia Z4 yang dilancarkan awal bulan ini di Jepun, tetapi menggunakan nama Xperia Z3+ apabila dilancarkan di peringkat antarabangsa. Rekabentuk luar yang kelihatan seakan sama dengan Xperia Z3 sedia ada, dengan sedikit perubahan seperti lebih nipis dan lebih ringan, memungkinkan penggunaan nama yang sama ini.

xperia-z3-plus-4warna

Sama seperti fungsi hebat pada Xperia Z3, Xperia Z3+ menampilkan teknologi kalis air IP68, ketahanan bateri sehingga dua hari serta kamera 20.7MP dengan sensor Exmor RS. Lebih menarik, fungsi kalis air ini dipertingkatkan apabila port mikro-USB 2.0 tidak lagi memerlukan penutup, seperti yang terdapat pada HTC Butterfly 2.

Spec Sony Xperia Z3+

Kuasa dalaman Xperia Z3+ dipertingkatkan dengan pengguna CPU Qualcomm Snapdragon 810, GPU dari Adreno 430 serta 3GB RAM. Storannya sebesar 32GB dan mengekalkan slot kad memori mikro-SD untuk storan tambahan. Saiz Xperia Z3+ yang lebih nipis, menjadikan kapasiti baterinya juga mengecil ke 2930mAh, berbanding 3100mAh pada Xperia Z3+. Tetapi Sony yakin ia dapat mengekalkan ketahanan yang sama.

Skrin Xperia Z3+ masih kekal sebesar 5.2-inci dengan resolusi HD Penuh, yang dipadankan dengan dua pembesar suara stereo di atas dan bawah skrin. Kamera belakangnya juga masih menggunakan sensor Exmor RS 20.7MP yang boleh merakam video UHD 4K. Manakala kamera hadapan dipertingkatkan dengan sensor Exmor R 5MP dengan lensa lebar 25mm.

 

Sony Xperia Z3+ akan mula dijual di pasaran antarabangsa bermula dari bulan Jun 2015. Tidak dapat dipastikan lagi negara mana ia akan mula dijual. Sony Xperia Z3+ akan datang dalam empat warna iaitu Kuprum, Hitam, Putih dan Hijau Aqua. Untuk lebih maklumat, layari lamanweb rasmi Sony Xperia Z3+ di sini.

[SUMBER: XperiaBlog]

 

xperia-z3-plus-kuprum xperia-z3-plus-hitam xperia-z3-plus-putih xperia-z3-plus-hijau aqua Rekabentuk Xperia Z3+

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: