Peminat WoT Blitz? Berita baik untuk anda

Pengguna Android dan iOS yang sukakan game World of Tanks Blitz kini boleh memuat turun update terbaharu daripada Wargaming. Game popular ini kini menawarkan model kereta kebal baharu, pembaikan bug dan beberapa pengubahsuaian prestasi dalam permainan.

Model kereta kebal baharu termasuklah Pz III, Pz III/IV, VK 30.01 D, VK 30.02 D, Indien-Pz, Leopard PT A dan Leopard 1; kesemuanya mengambil inspirasi asal kereta kebal Jerman. Game Action MMO ini dibangunkan khas untuk pengguna peranti mudah alih yang inginkan pengalaman bermain World of Tanks.

Dengan mengetengahkan pemacuan mudah, World of Tanks Blitz menawarkan permainan mudah dalam pertempuran. Pada masa yang sama, ID Wargaming.net yang unik membolehkan pemain berubah platform daripada Android ke iOS tanpa bermula kembali di peringkat awal.

Turut dibawakan melalui Update 1.9, pemain kini dapat melihat perubahan sinopsis pada ‘Battle Mission’ dan statistik di skrin ‘After Battle’. Pacuan bagi model kereta kebal sedia ada juga telah diperbaiki untuk menjadi lebih lancar berbanding versi sebelum update.

Wargaming merupakan pembangun game World of Tanks, World of Warplanes and World of Warships. World of Tanks Blitz dilancarkan pada May 2013 untuk paltform iOS, dan versi pertama menawarkan petempuran 7v7 untuk pengguna peranti mudah alih berbanding dengan 15v15 di dalam versi PC. Sejak dilancarkan untuk versi Android pada Disember 4, 2014, app ini sudah mencapai 1.1 juta muat turun.

Belum sempat mencubanya? Layari http://wotblitz.asia/ untuk maklumat lanjut dan memuat turun.

 

WoT Blitz on tablet

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: