OPPO R7 cuba pecah rekod telefon pintar ternipis

OPPO dikatakan bakal mengeluarkan satu telefon pintar terbaru dari siri R, yang menampilkan telefon pintar tersangat nipis, tetapi mengekalkan prestasi hebat telefon pintar utama. Beberapa gambar telah tersebar di sekitar internet, yang memaparkan rekabentuk telefon yang mungkin diberi nama, OPPO R7.

Antara perkara yang hagat diperkatakan ialah, tahap kenipisannya yang mencecah 4.85mm. Dari gambar di bawah ini, dapat dilihat Oppo R7 yang kelihatan sangat nipis, tetapi kamera belakangnya tidak terbonjol keluar. Bermakna, kamera di belakang mempunyai tahap rata yang sama dengan badannnya.

gambar konsep OPPO R7

 

Selain badan yang nipis, dikhabarkan OPPO R7 akan dilengkapi teknologi pengecasan pantas ciptaan OPPO, iaitu VOOC. Badan yang nipis pastinya boleh memuatkan kapasiti bateri yang kecil. Jadi, pengecas VOOC sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masa menanti pengecasan penuh. Bateri yang kecil, pasti dapat dicas dengan lebih pantas juga.

Gambar di bawah ini pula, dilihat seperti menunjukkan skrin OPPO R7 yang sedikit melengkung di semua sisi. Skrin melengkung sebegini, pasti memberi lebih keselesaan di dalam genggaman tangan. Selain itu, terdapat butang fizikal HOME di bawah skrin OPPO R7. Adakah OPPO cuba membawakan pengimbas cap jari pada OPPO R7 ini? OPPO R7 juga kelihatan mempunyai port audio 3.5mm, yang tidak terdapat pada OPPO R5 sebelum ini.

skrin melengkung OPPO R7

 

OPPO dijangka melancarkan telefon pintar baru ini, iaitu OPPO R7 pada penghujung bulan Mei ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman OPPO di hari pelancarannya kelak.

OPPO R7 akan datang WEIBO

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: