Olympus lancar kamera OM-D E-M5 edisi terhad Titanium serta lensa fisheye paling cerah

Bertempat di Singapura, Olympus semalam melancarkan kamera edisi terhad, Olympus OM-D E-M5 Mark II. Edisi terhad ini didatangkan dalam warna unik titanium, untuk memberi penghormatan kepada kamera filem 35mm SLR klasik, OM-3Ti. Kamera ini dijual bersama perkakas yang direka khas, dan dihasilkan sebanyak 7000 unit sahaja untuk jualan di seluruh dunia, bermula Jun 2015.

Olympus OM-3TiOlympus OM-3Ti

 

Kamera Olympus OM-D E-M5 Mark II telah dilancarkan pada Febuari 2015. Ia membawakan rekaan menyerupai kamera filem 35mm klasik persis OM-D ILC. Kerana itu, sebagai penghormatan kepada kamera OM-3Ti yang diperkenalkan pada tahun 1994, kamera E-M5 edisi terhad ini didatangkan dalam warna titanium.

Olympus OMD EM5 TitaniumOlympus OM-D E-M5 Mark II edisi terhad Titanium

 

Set lengkap edisi terhad kamera Olympus OM-D E-M5 Mark II yang datang dalam warna titanium ini, akan turut mempunyai strap kamera buatan kulit dengan rekaan khas, serta casing kad kulit yang mengandungi kad pemilik dan nombor unik dari 1-7000. Kad tersebut turut dihiasi dengan kata-kata inspirasi Yoshihisa Maitani, pereka sistem OM.

Strap Olympus OMD EM5 TitaniumCardcase Olympus OMD EM5 Titanium

Di samping itu, Olympus turut mengumumkan kemaskini firmware terbaru untuk kamera OM-D E-M1 dan E-M5 Mark II. Firmware terbaru dengan versi 3.1 untuk Olympus OM-D E-M1 dan versi 1.2 bagi E-M5 Mark II menambah fungsi lebih baik untuk rakaman dalam air serta menangkap gambar bintang di langit.

Kemaskini firmware baru ini diumumkan sempena pengenalan lensa baru Olympus, iaitu M.Zuiko Digital ED 8mm F1.8 PRO serta M.Zuiko Digital ED 7-14mm F2.8 PRO. Lensa M.Zuiko Digital ED 8mm F1.8 PRO adalah lensa fisheye paling cerah dengan apertur F1.8, manakala lensa M.Zuiko Digital ED 7-14mm F2.8 PRO pula memberikan zum yang jauh dengan apertur tetap yang pantas. Kedua-dua lensa ini sangat sesuai digunakan untuk jurugambar yang gemar mengambil gambar astronomi, dalam air serta lanskap, dengan perspektif fisheye.

Lensa Olympus MZuiko Digital ED 8mm F18 PROLensa M.Zuiko Digital ED 8mm F1.8 PRO

 

Lensa Olympus MZuiko Digital ED 7-14mm F28 PROLensa M.Zuiko Digital ED 7-14mm F2.8 PRO

 

Kesemua harga dan tarikh jualan bagi kamera dan lensa yang disebut di sini, masih belum diberitahu. Ia akan diumumkan kelak apabila menghampiri tarikh mula dijual. Untuk maklumat lanjut berkenaan kamera dan lensa ini, layari lamanweb Olympus.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: