Menangi storan WD 4TB bersama TheHypedGeek

Anda tahu apa itu otaku? Jika tidak, anda boleh abaikan tulisan seterusnya. Kerana rakan kami di TheHypedGeek, ingin memberikan hadiah hebat kepada otaku yang meminati anime Jepun.

TheHypedGeek sekarang sedang menjalankan pertandingan teka lagu anime, di mana pemenang berpeluang membawa pulang salah satu dari 3 hadiah iaitu 1 unit storan Western Digital My Book 4TB dan 2 unit My Passport Ultra Metal Edition 1TB.

Cara untuk menyertai pertandingan ini mudah sahaja. Terdapat lima lagu anime tersenarai di bawah ini, di mana setiap satu sepanjang 10 saat. Anda cuma perlu teka lagu ini berasal dari anime mana, berikan nama anime itu sebagai jawapan dan jawab satu slogan mudah, kenapa anda perlukan storan WD ini.

 

Diulangi semula:

Hadiah Utama: 1x Western Digital My Book 4TB

Hadiah Seterusnya: 2x WD My Passport Ultra Metal Edition 1TB

 

Cara-cara menyertai pertandingan:

1. Dengar lima jenis lagu anime yang popular, selama 10 saat di bawah ini

2. Kenal pasti dari anime mana lagu ini dimainkan, dan berikan nama anime tersebut di borang di sini, termasuk maklumat peribadi anda

3. Jika terdapat lebih dari satu pemenang, sila jawab slogan di bawah kurang dari 20 patah perkataan, ini akan menentukan kemenangan anda:

“I need an awesome Western Digital storage solution because……..”

4. Tekan Submit dan berdoa agar anda menjawab semua soalan dengan tepat serta slogan anda terpilih

5. Pastikan anda menghantar jawapan sebelum jam 11.59pm pada 5 Jun 2015, iaitu tarikh akhir pertandingan.

6. Pemenang akan menerima emel dari TheHypedGeek pada 12 Jun 2015.

*Mengikut syarat & terma

 

Di bawah ini ialah lagu anime yang anda perlu teka:

Lagu Anime No 1

Lagu Anime No 2

Lagu Anime No 3

Lagu Anime No 4

Lagu Anime No 5

 

Senang bukan? Apa lagi, join lah. Jangan lupa isi borang penyertaan di sini.

Untuk kenali produk storan WD lebih lanjut, layari lamanweb www.wdc.com

P/S: Jawapan ada di gambar bawah ini, ataupun anda boleh cuba berkawan dengan SoundHound 😀

wd-giveaway-THG

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: