Masih single? Jom LunchClick

Mencari teman di persada maya dengan menggunakan app mencari jodoh bukanlah teknik baru namun kehadiran app daripada Lunch Actually Group, syarikat yang telah mengatur lebih 30,000 date atau temujanji di serata Asia mungkin boleh mengubah nasib si bujang kesepian dan dara pingitan. App tersebut, LunchClick merupakan usaha syarikat ini untuk menemukan lelaki dan wanita single pada masa yang sama, meletakkan saringan tertentu agar sukar untuk app itu diperalatkan oleh penipu.

LunchClick dikatakan sebagai app pertama di Asia yang manawarkan calon atau padanan yang berkualiti, temujanji muka ke muka serta mengambil kira respon pengguna.

“Kebanyakan app temujanji yang ada cuma menghasilkan swipe demi swipe namun tiada temujanji. Fokus app cuma minat yang sama kemudian berbual menerusi app sedangkan itu semua belum tentu menghasilkan temujanji. Kebanyakan perbualan menjadi hambar selepas beberapa ketika kerana pengguna bosan mencari topik untuk dibualkan,” kata Violet Lim, pengasas Lunch Actually Group.

LunchClick ialah platform untuk mereka yang benar-benar serius mahu mencari jodoh. Setiap pengguna akan disaring dan cuma satu padanan atau calon akan dihantar kepada pengguna setiap hari. Berbeza dengan app lain, LunchClick membenarkan pengguna memilih daripada lebih 100 soalan untuk dihantar kepada calon untuk mendapatkan gambaran mengenai personaliti calon.

App LunchClick ditawarkan secara percuma kepada pengguna Android dan iOS namun ciri seperti Love Assistant yang boleh membantu pengguna yang sukar berkomunikasi dikenakan bayaran sebanyak RM99.

Untuk maklumat lanjut mengenai app ini, www.lunchclick.co.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: