‘Makan’ kenyang tanpa had

 

OneShare2

Bagi sebuah keluarga, kepentingan berkongsi sudah pasti menjadi kemestian. Sekiranya lauk makan pun boleh berkongsi apatah lagi keperluan lain seperti komunikasi anda.

Sebab itu, langkah pengenalan MaxisONE sebelum ini memang menguntungkan terutama bagi penggunaan keluarga. Jika sebelum ini semuanya berterabur dan tidak dikawal, kini ia boleh dikongsi satu keluarga. Pendek kata, makan sama-sama. Paling penting, segala-galanya TANPA HAD.

MaxisONE yang disertakan panggilan & sms tanpa had dan juga 2GB internet berkelajuan tinggi, dengan komitmen bulanan hanya RM128 sebulan. Terbaru, pelan tanpa had ini boleh dikongsi bersama keluarga menerusi pengenalan pelan MaxisONE Share, dengan komitmen hanya RM48 sebulan.

MaxisONE Share adalah satu pelan perkongsian antara talian utama, dengan talian di bawahnya. Oleh kerana talian utama mempunyai panggilan & sms ke semua nombor di Malaysia tanpa had, maka talian tambahan ini juga menerimanya. Untuk data, kuotanya akan dikongsi bersama talian utama & tambahan, tetapi talian utama boleh menetapkan had kepada kuota data talian tambahan, melalui aplikasi My MaxisApp.

Setiap talian utama MaxisONE, hanya boleh menambah dua talian tambahan MaxisONE Share di bawahnya. Maxis turut menyatakan, ia adalah satu-satunya pelan perkongsian, dengan panggilan & sms tanpa had.

Jika anda adalah pengguna pelan MaxisONE dan ingin mendapatkan MaxisONE Share, anda hanya perlu mendaftar pelan tersebut dengan data tambahan sebanyak 1GB dan mula berkongsi. Hanya RM48 sebulan untuk setiap talian tambahan. Talian tambahan ini akan turut menikmati rangkaian 4G LTE Maxis yang luas di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Maxis ONE Share ini, lawati segera mana-mana cawangan Maxis atau layari laman web http://www.maxis.com.my/maxisoneshare

 

OneShare

 

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: