Jam Pintar Pebble Time menghampiri fasa akhir pembuatan

Di laman KickStarter Pebble Time, hari ini Pebble mempamerkan sampel terakhir Pebble Time berwarna merah. Di samping itu, Pebble turut memaparkan rekaan terakhir untuk pengecas magnetik USB bagi Pebble Time. Penghantaran pertama Pebble Time disasarkan pada bulan Mei ini.

Dalam artikel tersebut, Pebble memperlihatkan Pebble Time berwarna merah, dengan beberapa antaramuka jam. Ia juga diperlihatkan boleh dibawa ke kolam renang yang basah, kemudian boleh dikeringkan dengan mudah menggunakan tuala.

Red Pebble Time basah

 

Kemudian, Pebble turut mengumumkan rekaan terakhir pengecas magnetik untuk Pebble Time. Pebble telah mengeluarkan skema 3D yang boleh dimuat turun di Github di sini, bagi pengeluar aksesori pihak ketiga mencipta dan mereka pelbagai aksesori bersesuaian untuk Pebble Time, seperti dock pengecas, aksesori pengecas, dan bermacam lagi.

Pebble Time Charger Cable 03

 

Bagi yang telah menempah Pebble Time, anda masih boleh mengubah pilihan warna di Kickstarter Reward Portal, sebelum ia ditutup untuk persediaan penghantaran. Tarikh tutup ini belum diumumkan kerana pembuatan pertama masih belum diselesaikan, tetapi lebih baik anda membuat keputusan secepat mungkin untuk warna pilihan.

Pebbel Time Red dan Black

Bagi penempah Pebble Time Steel, kelihatan penghantaran pertama akan bermula pada Julai 2015. Jadi, anda masih mempunyai masa untuk membuat pertukaran pemilihan lebih lewat. Cuma, jangan terlupa sebelum pertukaran ditutup.

[SUMBER]

 

%d bloggers like this: