Huawei perkenal sistem operasi terkecil LiteOS

Huawei, salah satu syarikat penyedia penyelesaian telekomunikasi perniagaan dan pengguna, baru sahaja selesai mengadakan acara Huawei Network Congress 2015 yang dibuat di Beijing, China. Pada acara ini, Huawei memperkenalkan pelbagai teknologi baru mereka, salah satu darinya adalah pengenalan arkitektur Agile Network 3.0.

Arkitektur Agile Network 3.0 adalah satu usaha Huawei untuk mengembangkan penggunaan ‘Internet of Things’ (IoT) kepada perniagaan dengan lebih mudah. Salah satu teras utama arkitektur ini adalah sistem operasi LiteOS.

OS paling kecil LiteOS COVER

LiteOS adalah sistem operasi yang disasarkan penggunaannya untuk peranti IoT. Seperti namanya, LiteOS bersaiz sangat kecil, hanya 10kb sahaja. Huawei memaklumkan, ia tidak memerlukan sebarang konfigurasi, mempunyai fungsi pencarian automatik serta sambungan rangkaian automatik. Ia boleh digunakan dengan mudah pada pelbagai aspek IoT seperti rumah pintar, peranti boleh pakai, kenderaan pintar serta macam-macam lagi.

Huawei menjangkakan, menjelang tahun 2025, akan terdapat sejumlah 100 bilion peranti berhubung di seluruh dunia, dengan dua juta sensor baru dipasang setiap jam. Rangkaian sedia ada pada hari ini tidak dapat menampung jumlah sebegini. Dengan LiteoS, ia akan memudahkan sambungan sekaligus mengurangkan bebanan rangkaian.

LiteOS akan terbuka kepada semua pembina, agar mereka boleh mengintegrasikannya pada produk IoT mereka. Huawei akan terus mengembangkan usaha mereka dalam arena IoT, dengan kerjasama rakan teknologi dan menubuhkan lebih banyak pusat kajian inovasi, makmal serta pusat perkembangan komuniti.

penggunaan peranti pintar IoT pada bolasepak

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: