Game yang anda patut ada selepas memiliki telefon RAM 4GB

Asus-ZenFone-2 lengkap

Adakah mustahil untuk bermain beberapa game yang beroperasi serentak pada telefon pintar, lebih spesifik iaitu ASUS Zenfone 2?

Jawapannya TIDAK mustahil sekiranya anda memiliki ASUS Zenfone 2 dengan keupayaan RAM sebanyak 4GB dan game yang dimaksudkan bukanlah game biasa seperti Angry Birds atau Candy Crush tetapi game yang mempunyai keupayaan grafik sangat tinggi bagi sesebuah telefon pintar.

Apa yang lebih menakjubkan ialah anda boleh pula menukar-nukar game tersebut pada tab yang berlainan tanpa satu pun ‘lag’ atau permainan tergendala dek kerana proses yang terbantut di tengah jalan.

Anda boleh memainkannya, tukar ke game lain, buka semula tanpa masalah iaitu ciri yang sukar didapati pada telefon dengan RAM kurang 4GB ini. Sekiranya anda boleh berbuat perkara ini (membuka bermacam game pada satu masa) pada tahun 2009 atau 2010 dulu, orang lain pasti akan merasakan anda gila.

Beberapa permainan yang dimainkan melalui Zenfone 2 ini ternyata seakan menukar telefon pintar tersebut kepada konsol permainan sebenar yang mengasyikkan.

Apakah game yang mempunyai grafik intensif sesuai untuk dimainkan dengan telefon RAM 4GB ini? Kami senaraikan sedikit antaranya.

  1. FIFA 15 – game bola fifa15
  2. Grand Theft Auto San Andreas – game strategigrand_theft_auto_san_andreas
  3. Real Racing 3 – game perlumbaanreal-racing-3
  4. N.O.V.A 3 – game aksi tembak menembakNova3
  5. Shadowrun Returns – game RPGshadowrun-returns
  6. Final Fantasy 1 – V1 – game versi mudah alihfinal-fantasy
  7. Deus Ex: the Fall – game strategideus-ex-the-fall
  8. Call of Duty: Strike Teamcall-of-duty

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: