ASUS VivoWatch lwn ZenWatch, pertembungan abang adik

Bulan lepas, ASUS mengumumkan peranti boleh pakai atau wearable jenis jam pintar terbaru mereka, VivoWatch namun ia bukanlah peranti pertama yang dikeluarkan syarikat dari Taiwan tersebut apabila ia sudahpun mempunyai ZenWatch yang dilancarkan tahun lepas.

Jadi apa bezanya antara kedua-dua gajet ini? TheSkop mempunyai beberapa pandangan tersendiri selepas melihatnya secara dekat. Jika anda merancang untuk membeli jam pintar Android, ZenWatch sudah pasti masuk dalam senarai beli tetapi bagaimana pula dengan VivoWatch?

Rekaan

Kedua-duanya nampak sama tetapi perbezaa ketara sudah pasti terletak pada rekaan apabila ZenWatch kelihatan lebih premium berbanding VivoWatch. ZenWatch dianggap sebagai salah satu Android Wear terbaik jika dibandingkan dengan jam pintar lain di pasaran. Meskipun secara peribadi penulis menggemari produk keluaran Motorola dan LG, tetapi ZenWatch mencelah di antara kedua-duanya.

ASUS mempamerkan rekaan berbentuk sedikit segi empat yang agak serupa dengan Apple Watch. Keluli bezel di bahagian tepi yang mengisi sudut memang menawan melengkapkan rupa bentuk yang kelihatan premium ditambah tali kulit yang lembut dan selesa pada pergelangan tangan.

VivoWatch pula juga nampaknya menerima pakai paparan persegi dengan bulat di bucu walaupun bezelnya lebih nipis berbanding ZenWatch. Talinya bergetah bukan seperti kulit yang didapati pada ZenWatch.

Hayat bateri

Beberapa jam pintar mempunyai jangka hayat bateri melepasi satu atau dua hari tanpa perlu cas semula. Apple Watch paling kurang digemari kerana perlu dicas setiap malam. ZenWatch pula dengan 369mAh boleh digunakan sepanjang dua hari di bawah keadaan tertentu, seperti jika anda menggunakannya secara minimum atau jika anda tidak terlalu kerap mengaktifkan jam.

Berdasarkan faktor tersebut, VivoWatch lebih baik berbanding ZenWatch. ASUS mendakwa ia boleh digunakan selama 10 hari dan bukanlah mustahil, memandangkan jam pintar lain Pebble, Fitbit dan Garmin turut mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama.

VivoWatch mempunyai beberapa ciri rendah yang memungkinkan ia menyimpan bateri untuk tahan lebih lama. Paling ketara, kuasa paparan rendah 128 x 128 piksel dilindungi oleh Gorilla Glass 3, berbanding dengan 320 x 320 piksel AMOLED pada ZenWatch. Mengikut pengamatan, mana-mana jam pintar yang mempunyai skrin LCD lebih jimat bateri.

Ciri

ZenWatch sudah pasti menggunakan Android dan boleh dihubungkan dengan mana-mana telefon pintar beroperasi pada Android 4.3 atau lebih tinggi dan boleh melakukan hampir semua perkara yang merupakan yang ada dalam Android seperti membuka lock telefon anda, menutup panggilan dan penggera serta mengawal muzik pada telefon Android anda dengan jam tangan anda.

Anda juga boleh mengesan beberapa ciri kecergasan asas melalui ZenWatch tetapi rekaan VivoWatch lebih baik sekiranya anda seorang yang aktif.

Jadi apa saranan saya.

ZenWatch untuk kegunaan biasa, majlis tertentu tetapi VivoWatch bagi pengguna aktif seperti gemar ke gimnasium atau bersukan.

 ASUS VivoWatch  ASUS ZenWatch

Tarikah Dikeluarkan

2015

Nov 2014

Pengesanan Aktiviti

Kalori

Ada

Ada

Kayuhan

Tiada

Tiada

Jarak

Ada

Ada

Degupan Jantung

Ada

Ada

Tahap Oksigen

Tiada

Tiada

Tidur

Ada

Ada

Langkah

Ada

Ada

Renangan

Tiada

Tiada

Perspirasi

Tiada

Tiada

Bateri

10 hari / sehari dengan penggunaan mod kecergasan

Boleh dicas semula

 Ya

Ya

Kesesuaian

Android

Boleh

Boleh

iOS

Boleh

Tidak

Mac

Windows

Sambungan

Bluetooth

Ada

Ada

Selular

Tiada

Tiada

GPS

Tiada

Tiada

NFC

Tiada

Tiada

Wifi

Tiada

Tiada

Paparan

Berwarna

Ya

Ya

Resolusi

128 x 128

320 x 320

Saiz

1.63-inci

Sentuh

Ya

Ya

Jenis Paparan

LCD

AMOLED

Fungsi

Audio

Tiada

Tiada

Jam

Ada

Ada

Panggilan Telefon

Tiada

Tiada

Penggera Bergegar

Ada

Ada

Kawalan Suara

Tiada

Ada

Perkakasan

Accelerometer

Ada

Ada

Barometer / altimeter

Ada

Kamera

Tiada

Tiada

Sensor UV

Ada

Tiada

Kalis Air

IP67 (boleh masuk air sehingga 10 meter)

IP55 (kalis percikan)

Notifikasi

Panggilan Masuk

Ya

Ya

Emel

Ada

Ada

SMS

Ada

Ada

Perisian

OS

Android Wear

App

Tidak boleh

Boleh

Permesejan

Boleh

Kawalan Muzik

Tidak boleh

Tidak boleh

Sync

USB data

Tiada

Tiada

Tanpa Wayar

Ya

Ya

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: