Serang Maxis dengan cat kuning

Dua lelaki ditahan petang tadi kerana marahkan Maxis. Puncanya, tidak dapat membeli nombor VIP yang diingini. Apa yang mereka lakukan apabila marah? Meraka menyimbah cat kuning di Menara Maxis yang terletak di KLCC tengah hari tadi. Tapi ini tidak berkaitan dengan orang kuning Digi.

Difahamkan, dua lelaki berusia 45 & 57 tahun itu yang bekerja sebagai peniaga kereta terpakai, mengunjungi cawangan Maxis di KLCC, Sabtu lalu untuk membeli 10 nombor telefon VIP. Tetapi, mereka hanya dapat membeli dua sahaja nombor telefon VIP. Lantas, mereka mengugut untuk membuat kacau jika tidak menerima nombor telefon VIP selebihnya pada hari lain.

Ternyata, mereka datang hari ini, dan apabila permintaan mereka tidak dilayani, kedua-duanya mengamuk di situ sebelum membawa bersama 10 lagi lelaki lain untuk membuat onar dan durjana di lobi bangunan tersebut.

Suspek turut menyimbah cat kuning di ruang legar kaunter perkhidmatan sebelum ditahan polis, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebentar tadi.

[Sumber]

cat kuning maxis

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: