Seagate sambut ulangtahun ke-35 dengan cakera ternipis Seven

Salah satu pengeluar solusi storan terkenal dunia, Seagate hari ini mengumumkan cakera storan luar sebesar 500GB ternipis di dunia, dalam bentuk 2.5-inci. Diperkenalkan dengan nama Seagate Seven, ia setebal hanya 7mm seperti namanya dengan kapasiti 500GB. Bersempena dengan ulangtahun Seagate yang ke-35, Seagate mengeluarkan storan Seagate Seven dengan rekaan lasik persis cakera keras dalaman.

Seagate Seven mempunyai badan besi sepenuhnya, menampilkan gaya premium dengan rekabentuk diinspirasikan dari rupa cakera keras dalaman, walaupun ia sebenarnya adalah storan luaran. Seagate mempergunakan kemahiran dan kepakaran mereka dalam dunia storan dan proses pengeluaran, untuk menghasilkan storan luar ternipis di dunia ini.

Seagate Seven - thinnest ever created

Rekaan besi ini dipergunakan untuk memastikan cakera keras di dalamnya dapat berfungsi dengan baik, tanpa tekanan dari luar kerana kenipisannya. Ia juga dibantu dengan teknologi motor berprofil rendah di dalam cakera keras ini, yang dapat bergerak dalam pelbagai posisi menegak atau melintang. Apatah lagi, ia disasarkan sebagai cakera keras luar untuk kegunaan mudahalih, yang akan dibawa ke mana jua.

Cakera keras luar Seagate Seven ini sudah mula diual di Malaysia menerusi pengedar sah barangan Seagate, dengan harga runcit yang disyorkan RM419. Dapatkan maklumat lanjut mengenainya di lamanweb Seagate Seven.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: