Samsung Galaxy Tab A akan muncul lebih nipis

Samsung memperkenalkan telefon pintar siri-A tahun lepas, bagi memenuhi permintaan pembeli yang mahukan telefon pintar premium, berbadan besi dan nipis. Samsung pertama kali memperkenalkannya melalui Galaxy Alpha, dan seterusnya melancarkan Galaxy A3, A5 dan A7 dengan skrin dan spesifikasi berbeza.

Terbaru, Samsung akan melancarkan Tablet siri-A tidak lama lagi. Galaxy Tab siri-A ini adalah tablet pertama keluaran Samsung untuk tahun 2015. Ia dijangka membawa keunikan yang terdapat pada siri-A sebelum ini, berbadan besi dengan ketebalan yang lebih nipis dari biasa.

Galaxy Tab siri-A ini bagaimanapun tidak lagi menggunakan saiz skrin seperti sebelum ini. Ia akan menggunakan skrin dengan ukuran 4:3 seperti iPad, tidak lagi berukuran lebar 16:9.

Galaxy Tab siri-A telah dilancarkan sebelum ini di Rusia dan Amerika Syarikat. Ia datang dalam dua saiz skrin, 8-inci dan 9.7-inci. Kedua-duanya dilengkapi CPU yang sama, Qualcomm Snapdragon 410 dengan sokongan 64-bit. Tetapi model 9.7-inci datang dengan 2GB RAM manakala 8-inci pula memiliki 1.5GB. Storan dalaman untuk kedua-dua model sebesar 16GB, dengan pilihan menambah storan melalui kad mikro-SD sehingga 128GB.

Kamera belakang 5MP dan kamera hadapan 2MP dilengkapkan pada Galaxy Tab siri-A. Seperti biasa, ia akan datang dalam dua versi, WiFi dan 4G-LTE. Bateri pada model 8-inci sebesar 4200mAh manakala model 9.7-inci pula sebesar 6000mAh. kedua-duanya dijalankan oleh sistem operasi Android 5.0 KitKat dengan antaramuka TouchWiz.

Seperti yang dimaklumkan di atas tadi, ia menggunakan saiz skrin dengan saiz 4:3, tetapi resolusinya juga agak rendah pada 1024×768, tidak mencapai HD Penuh. Laporan penuh berkaitan model ini di Malaysia akan diketahui pada pengenalannya pada 29 April akan datang.

[Sumber]

samsung-galaxy-tab-a-depansamsung-galaxy-tab-a-belakangsamsung-galaxy-tab-a-sisi

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: